25.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

1 KUWAIT DINAR BERSAMAAN HAMPIR RM14!. KENAPA SANGAT BERBEZA NILAINYA?

Date:

Share:

Kos hidup seharian di Kuwait ialah 29.89% lebih tinggi daripada di Malaysia (purata data untuk semua bandar, selain daripada kos sewa rumah), manakala kos sewaan rumah ialah 210.25% lebih tinggi daripada Malaysia!.

KUWAIT CITY, IBU KOTA NEGARA KUWAIT

Sebelum menjawab persoalan kenapa matawang Kuwait Dinar terlalu mahal, semak terlebih dahulu beberapa fakta asas untuk memastikan kita semua faham perkara asas berkaitan fundamental matawang zaman moden ini.

Kadar tukaran purata 1 Kuwaiti Dinar =US$3.27 = £2.64 = €3.08 = RM13.78

BAGAIMANA NILAI MATAWANG DITENTUKAN DI PASARAN TERBUKA GLOBAL?

Matawang sesebuah negara ditentukan nilainya oleh satu kefahaman asas, iaitu permintaan dan penawaran (supply and demand). Permintaan dan penawaran matawang ini ada kaitan dengan ekonomi sesebuah negara dan antara perkara terpenting dalam pembangunan ekonomi sesebuah negara ialah berkaitan import dan eksport.

IMPORT DAN EKSPORT

Import – barangan atau perkhidmatan yang di bawa masuk ke dalam negara
Eksport – barangan atau perkhidmatan yang dijual ke luar negara

Bayangkan anda ialah Presiden untuk Negara X, rakyat negara anda sangat bekerja keras dan produktif dalam penghasilan produk, tetapi negara anda kekurangan sesuatu yang sangat penting, SUMBER ALAM. Apa yang ada perlu lakukan?. Jual produk negara anda di pasaran global dan hasilkan keuntungan, keuntungan tersebut anda gunakan kembali untuk beli sumber alam daripada negara yang dikurniakan sumber alam yang banyak, Negara Y, sesuatu yang negara anda sangat perlukan.

MATAWANG

Matawang negara anda ialah $XX dan matawang negara yang anda ingin import sumber alamnya mengguna pakai matawang $YY. Bagaimana transaksi jual beli akan berlaku sekiranya kedua-dua negara tidak menggunapakai matawang yang sama?.

Anda perlu membeli matawang $YY untuk meneruskan pembelian sumber alam daripada negara tersebut, maka anda perlu membeli matawang $YY di pasaran terbuka, sekaligus meningkatkan permintaan terhadap matawang tersebut, sekaligus nilai $YY meningkat mendadak!.

(Ini hanyalah penerangan ringkas dan mudah sahaja, sebenarnya masih banyak faktor lain yang terlibat.)

KUWAIT DINNAR

Berdasarkan penerangan ringkas di atas, lebih mudah untuk kita faham kenapa Kuwait Dinnar menjadi sangat mahal. Negara seperti US, UK, Japan dan lain-lain ialah contoh negara X manakala negara seperti Kuwait, Bahrain dan Oman ialah negara Y.

**Arab Saudi sedikit berbeza kerana matawang negara itu telah diikat dengan nilai USD sejak 1986.

Negara X sangat produktif dalam penghasilan produk seperti produk teknologi, makanan, perkhidmatan dan pelbagai lagi manakala negara Y pula mempunyai kekayaan sumber alam, tidak lain tidak bukan, sumber minyak dan gas, sesuatu yang sangat bernilai pada zaman ini.

Permintaan terhadap minyak dan gas sentiasa tinggi, dan pembelian negara-negara yang tiada sumber alam in akan berterusan berlaku tanpa henti, sedikit sebanyak menyebabkan nilai matawang negara-negara pengeluar minyak dan gas ini sentiasa meningkat dan mahal.

Negara seperti United States dan United Kingdom mengawal nilai matawang mereka melalui pendekatan Polisi Kewangan yang berubah-ubah mengikut prestasi kewangan semasa, tetapi di negara Arab, selagi mana mereka adalah pengeluar minyak dan gas utama dunia, selagi itulah matawang mereka akan terus bernilai tinggi.

Terima kasih kerana sudi membaca. Ini hanyalah penerangan ringkas sahaja, sekadar memberi idea bagaimana nilai matawang terbentuk di pasaran terbuka global.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...

Mahkamah dedahkan Do Kwon bubarkan Terraform Lab Korea beberapa hari sebelum kejatuhan Terra LUNA UST

Rekod rasmi menunjukkan Do Kwon membubarkan Terraform Labs Korea, menutup ibu pejabat dan cawangan tunggalnya hanya beberapa hari sebelum kejatuhan terra crypto (LUNA) dan...

Seluruh dunia bakal berdepan dengan kebuluran & peningkatan kadar kemiskinan secara drastik – PBB

KETUA Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 180 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 180.Dapatkan naskah MFM edisi ke 180 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here