25.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

528 warga asing lari dari depoh tahanan imigresen

Date:

Share:

USAHA kumpulan warga asing yang cuba meloloskan diri tidak kesampaian apabila seramai enam warga asing termasuk dua kanak-kanak maut dilanggar kenderaan ketika menyeberangi Lebuh Raya Utara-Selatan di Kilometer (KM) 165 dekat Nibong Tebal di sini, pagi tadi.

Mereka terdiri daripada dua lelaki dewasa, dua wanita dewasa serta masing-masing seorang kanak-kanak lelaki dan perempuan yang terbunuh di lokasi kira-kira pukul 6.50 pagi.

Kejadian berlaku ketika mereka bersama 229 etnik Rohingya yang lain cuba menyeberangi lebuh raya itu selepas meloloskan diri dari Depoh Tahanan Relau, Bandar Baharu di Kulim, Kedah kira-kira pukul 4.30 pagi.

Ketua Polis Negeri Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kumpulan warga asing berkenaan kemudiannya tidak lagi berani melintas lebuh raya sejurus kejadian dan hanya menyelusuri bahu lebuh raya tanpa arah tuju.

“Kita kemudian berjaya menahan 229 di KM168 yang turut dibantu oleh sekumpulan anak muda yang menjejaki mereka.

“Orang kampung juga berjaya menahan 88 daripada mereka sebelum diserahkan kepada pihak imigresen,” katanya pada sidang akhbar di KM 168 Lebuh Raya Utara-Selatan di sini, lapor Kosmo!.

Beliau berkata, pihaknya difahamkan seramai 528 daripada 663 warga asing di depoh berkenaan telah meloloskan diri.

“Ketika ini kita buru 205 lagi mereka dan memerlukan tenaga yang sepenuhnya selain bantuan orang ramai diperlukan,” katanya.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

PM Belanda,Mark Rutte seru warga barat terima hakikat akan jatuh miskin akibat hyperinflasi

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte pada hari Rabu berkata terdapat "had untuk apa yang kerajaan boleh lakukan" untuk membantu orang ramai di tengah-tengah keadaan...

Bekalan ayam di Singapura mula terjejas selepas keputusan larangan eksport ayam dikuatkuasakan di Malaysia

Menurut agensi berita Singapura,MEDIACORP sesetengah gerai dan premis perniagaan beraskan ayam mungkin 'tutup kedai buat sementara waktu' ekoran larangan eksport ayam oleh Malaysia.Harga ayam...

Genting Malaysia rugi RM126.53 juta suku pertama tahun ini

Kerugian bersih Genting Malaysia Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berkurangan kepada RM126.53 juta berbanding RM483.59 juta setahun lalu.Pendapatan diraih melonjak hampir...

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here