24.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

AIR ASIA TUKAR NAMA JADI CAPITAL A

Date:

Share:

AirAsia Group Bhd (AAGB) secara rasmi ditukar kepada Capital A Berhad (Capital A atau Kumpulan) berkuat kuasa serta-merta hari ini (28 Jan).

Ia selepas kejayaan pendaftaran nama tersebut di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang diumumkan pada 3 Januari lalu, dan kelulusan rasmi sudah pun diterima semalam (27 Jan).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tony Fernandes, pertukaran nama kepada Capital A tidak akan mempunyai sebarang kesan ke atas operasi syarikat.

Jelas beliau lagi, pertukaran nama tersebut mencerminkan strategi perniagaan teras baru bagi Kumpulan itu sebagai sebuah syarikat pegangan pelaburan dengan portfolio perniagaan perjalanan dan gaya hidup, yang  pantas mengubah jenama AirAsia menjadi lebih daripada sekadar sebuah syarikat penerbangan.

“Kami bukan sekadar memperkenalkan logo baru kerana hari ini (28 Jan) merupakan satu peristiwa penting yang menandakan era baharu bagi Kumpulan kami,” katanya.

Encik Fernandes berkata demikian pada majlis pengumuman pertukaran nama syarikat penerbangan itu di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau menambah, melalui nama baru itu, ia akan meningkatkan lagi kebolehpasaran produk syarikat dan meningkatkan kejayaan kumpulan untuk masa depan.

Menjelang tahun 2026, Capital A antaranya menyasarkan untuk mencapai syarikat penerbangan menghubungkan lebih satu bilion orang di ASEAN.

Sebelum ini, dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata cadangan nama Capital A Bhd diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan dikhaskan kepada syarikat itu pada 28 Disember 2021.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Analisa Teknikal GbpAud 16 May 2022

GbpAud di TimeFrame H4.• Secara keseluruhannya harga masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Lihat di TimeFrame Daily ( D1 ).• Namun untuk di TimeFrame H4...

Analisa Teknikal EurAud 16 May 2022

EurAud di TimeFrame H4.• Ketika ini harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Sila rujuk di TimeFrame Daily ( D1 ).• Manakala untuk...

Analisa Teknikal GbpJpy 16 May 2022

GbpJpy di TimeFrame Daily ( D1 )• Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend.• Harga asal nya dalam kedudukan Sideways di mana harga...

UN beri amaran,bekalan gandum & jagung akan kehabisan menjelang 2023

Lebih daripada tiga bulan peperangan Rusia-Ukraine,sekatan eksport yang menghalang produk makanan Ukraine daripada diedarkan ke seluruh dunia, PBB memberi amaran bahawa dunia mungkin berada...

Hutang kerajaan Malaysia meningkat kepada 1 Trillion suku pertama tahun 2022

Kiraan Awal menunjukkan hutang Kerajaan Malaysia meningkat kepada RM1 trillion pada suku pertama 2022, naik 2.7% berbanding RM980 bilion pada tahun 2021Hasil Kerajaan juga...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here