23.8 C
Kuala Lumpur
spot_img

APA AKAN JADI KEPADA YEN JAPAN?

Date:

Share:

Keadaan pandemik Covid-19 di Jepun semakin meruncing. Peningkatan kes yang mendadak terutamanya di kawasan ibu negara, Tokyo memaksa kerajaan Jepun menimbangkan kemungkinan untuk mengisytiharkan darurat bagi mengekang penularan tersebut.

https://images.app.goo.gl/ggoxnasQg81Y7PeTA

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga menyatakan kemungkinan darurat berpotensi diumumkan memandangkan keseriusan jangkitan yang dilaporkan berlaku di Tokyo, ibu negara Jepun yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Semalam dilaporkan kes jangkitan baru di Tokyo mencecah 884 kes, 108 pesakit terpaksa diberi bantuan saluran pernafasan kerana jangkitan yang serius dihadapi.

Perdana Menteri Jepun, Yoshihide Suga.

Walaubagaimanapun, pengumuman darurat masih belum diambil kerana kebimbangan kemuncupan ekonomi akan berlaku dengan ketara jika langkah darurat diambil. Negara ekonomi ketiga terbesar dunia itu menunjukkan lonjakkan positif pada suku tahun ketiga 2020 yang lalu dan memberi isyarat pemulihan ekonomi sedang berjalan.

Jika langkah darurat di ambil, pastinya lonjakkan positif itu akan sedikit terencat. Pengamal ekonomi meramalkan ekonomi Jepun akan menguncup sekitar 2% berbeza dengan jangkaan peningkatan sebelum ini yang dijangka sekitar 0.2%.

Dengan keadaan ini, pastinya memberi kesan kepada nilai Yen. Ekonomi Jepun pastinya tidak menginginkan Yen daripada terus mengukuh dan meningkat kerana akan memberi kesan kepada ekonomi. Polisi kewangan semasa masih tidak berubah, malah lebih aggresif untuk ke arah ransangan ekonomi.

Peluang dagangan untuk matawang Yen akan lebih terbuka untuk kita ambil. Seperti biasa, jual matawang apabila terlalu mahal, kerana sifat matawang tidak boleh menjadi terlalu mahal lebih-lebih lagi ketika menghadapi krisis.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...

Mahkamah dedahkan Do Kwon bubarkan Terraform Lab Korea beberapa hari sebelum kejatuhan Terra LUNA UST

Rekod rasmi menunjukkan Do Kwon membubarkan Terraform Labs Korea, menutup ibu pejabat dan cawangan tunggalnya hanya beberapa hari sebelum kejatuhan terra crypto (LUNA) dan...

Seluruh dunia bakal berdepan dengan kebuluran & peningkatan kadar kemiskinan secara drastik – PBB

KETUA Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 180 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 180.Dapatkan naskah MFM edisi ke 180 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here