29.8 C
Kuala Lumpur
spot_img

Bank Negara Untung Bersih RM12.8 Bilion Pada Tahun 2021, Beri Dividen RM5 Bilion Kepada Kerajaan

Date:

Share:

Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2021 menunjukkan bahawa entiti berkenaan menjana sebanyak RM12.8 bilion keuntungan bersih pada tahun 2021 dengan pendapatan keseluruhan sebanyak RM14.7 bilion.

Keuntungan bersih yang direkodkan Bank Negara pada tahun lalu 25% lebih tinggi berbanding RM10.2 bilion keuntungan bersih yang dicatatkan pada tahun 2020.

Bagi tahun kewangan 2021, Bank Negara Malaysia akan mengagihkan dividen sebanyak RM5 bilion kepada Kerajaan setelah membayar RM4 bilion dividen bagi tahun 2020.

Serentak dengan laporan Tinjauan Ekonomi & Monetari untuk separuh kedua 2021, Bank Negara telah menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi untuk tahun ini dari 5.5%-6.5% sebelum ini kepada 5.3%-6.3%.

Ekonomi dijangka berkembang diantara 5.3% hingga 6.3%

Permintaan luar yang tinggi serta pembukaan semula ekonomi negara dijangka menjadi pemacu pertumbuhan untuk tahun ini. Namun demikian, konflik geopolitik serta ketidaktentuan pandemik Covid-19 masih lagi menjadi cabaran utama yang mampu merencatkan pemulihan ekonomi negara.

Purata kenaikan inflasi pula dijangka berlegar diantara 2.2% hingga 3.2% untuk tahun 2022 berbanding 2.5% pada tahun lalu.

Paras hutang isi rumah pada Disember 2021 menurun dari 89.6% berbanding KDNK pada Jun 2021 kepada 89.0%. Sebahagian besar daripada hutang isi rumah rakyat Malaysia melibatkan pinjaman perumahan iaitu sebanyak 58% diikuti pembiayaan peribadi ( 13% ) dan pembiayaan kereta ( 12% ).

58% daripada keseluruhan pinjaman isi rumah melibatkan pinjaman perumahan

Menurut bancian yang dijalankan oleh Bank Negara, 48% responden menyatakan mereka akan mengekalkan perbelanjaan mereka seperti mana perbelanjaan yang dilakukan mereka ketika sebelum pandemik. 25% lagi menyatakan mereka akan berbelanja pada kadar yang lebih tinggi berbanding perbelanjaan sebelum pandemik mereka.

Laporan Bank Negara turut menyentuh isu harga rumah yang semakin meruncing. Menurut data terbaru, harga rumah penengah di Malaysia telah meningkat dari 4.1 kali kepada 4.7 kali pada tahun 2021 berbanding pendapatan penengah isi rumah.

Di Malaysia, hanya rumah di Melaka sahaja yang dianggap mampu milik kerana mempunyai harga rumah penengah dibawah tiga kali ganda pendapatan penengah isi rumah.

Rumah di Malaysia menjadi semakin tidak mampu milik

Peningkatan pendapatan yang perlahan antara faktor yang menyebabkan isu ini semakin tidak dapat ditangani. Dari tahun 2014 hingga 2020, pendapatan isi rumah hanya tumbuh 2.1% secara tahunan tatkala harga rumah meningkat 4.1%.

Selain daripada itu, orang ramai juga tidak mampu memiliki rumah kerana kadar hutang yang telah pun tinggi. Seramai 65% daripada mereka yang berminat untuk membeli rumah telah pun mempunyai pinjaman kenderaan ataupun pembiayaan peribadi sekaligus menyebabkan mereka tidak layak untuk memohon pinjaman perumahan.

Data Bank Negara turut menunjukkan rata-rata isi rumah di Malaysia tidak mempunyai simpanan yang mencukupi. 76% isi rumah di Malaysia hanya mempunyai simpanan kecemasan yang hanya mampu menampung kurang daripada tiga bulan perbelanjaan bulanan.

Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2021 boleh diakses [ disini ]

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

NATO isytihar China sebagai ancaman keselamatan kepada penduduk dunia

NATO telah menyenaraikan China sebagai salah satu keutamaan strategiknya buat kali pertama, dengan mengatakan cita-cita Beijing dan "dasar paksaan" mencabar "kepentingan, keselamatan dan nilai"...

Pengguna diingatkan bersedia harga minyak masak dijangka terus naik berkali ganda sehingga 40 peratus

Mulai hari ini harga minyak berbotol sudah naik berganda-ganda bahkan pasaran tempatan menjangkakan sepanjang Julai ini harga minyak masak akan naik lagi sehingga 40...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 186 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 186.Dapatkan naskah MFM edisi ke 186 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Harga ayam kembali turun di beberapa tempat

Bermulanya tarikh penguatkuasaan harga siling ayam kepada RM9.40 sekilo berbanding harga siling lama RM8.90 sekilo hari ini,1 Julai 2022,peniaga di beberapa negeri dan daerah...

PM Thai harap kebanjiran pelancong dari Malaysia bantu memulihkan kejatuhan matawang Baht

Baht Thailand yang lemah adalah baik untuk eksport manakala kedudukan fiskal dan kewangan kekal kukuh, kata Perdana Menteri Thai.Kelemahan Baht, bagaimanapun, memberi kesan negatif...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here