31.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

Bill Gates Beri Amaran,Fasa Terburuk Pandemik Mungkin Melanda Dunia

Date:

Share:

KETIKA kita menyangka bahawa COVID-19 hampir berakhir dan kehidupan kembali normal selepas dua tahun pandemik, muncul satu amaran baharu kepada dunia.

Pengasas bersama Microsoft, Bill Gates dalam satu wawancara pada Ahad berkata impak pandemik COVID-19 akan menjadi lebih teruk, malah lebih dahsyat daripada apa yang dialami dunia ketika ini.“Kita belum melihat situasi paling dahsyat,” kata Gates dalam temu bual dengan Financial Times.

Gates beri amaran kemungkinan terdapat varian yang “lebih mudah tersebar dan lebih berbahaya” berbanding varian Delta dan Omicron.”Pengasas bersama dan dermawan Microsoft itu berkata beliau tidak mahu menjadi “suara yang menyampaikan berita malapetaka dan kedukaan”, tetapi risiko varian yang jauh lebih ganas untuk muncul adalah “melebihi 5 peratus”.

“Kita masih berisiko dilanda varian yang jauh lebih mudah tersebar dan membawa lebih banyak kematian,” kata Gates.

Beliau juga memberi amaran akan keperluan vaksin yang mampu bertahan lebih lama dalam menangani penularan jangkitan wabak akan datang.Gates juga menggesa penubuhan pasukan pakar antarabangsa, termasuk ahli epidemiologi dan pemodel komputer, untuk mengenal pasti ancaman dan meningkatkan penyelarasan antarabangsa.

Beliau juga menyeru pasukan tindak balas wabak global, yang diuruskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia, untuk membuat pelaburan tambahan dalam menangani situasi itu lebih awal.“Nampak janggal bagi saya di mana kita gagal melihat tragedi ini dan tidak, bagi pihak rakyat dunia, berbuat sesuatu,” kata jutawan itu.

Gates telah beberapa kali memberi amaran tentang pandemik sejak beberapa tahun kebelakangan.Semasa TED Talk pada 2015, Gates bercakap tentang ancaman super-virus.Bill Gates juga telah menulis sebuah buku berjudul “Cara Mencegah Pandemik Seterusnya” di mana dia bercakap tentang apa yang dunia pelajari daripada wabak itu dan cara mencegahnya.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...

Mahkamah dedahkan Do Kwon bubarkan Terraform Lab Korea beberapa hari sebelum kejatuhan Terra LUNA UST

Rekod rasmi menunjukkan Do Kwon membubarkan Terraform Labs Korea, menutup ibu pejabat dan cawangan tunggalnya hanya beberapa hari sebelum kejatuhan terra crypto (LUNA) dan...

Seluruh dunia bakal berdepan dengan kebuluran & peningkatan kadar kemiskinan secara drastik – PBB

KETUA Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 180 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 180.Dapatkan naskah MFM edisi ke 180 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here