27.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

BINANCE DIHARAMKAN DI MALAYSIA

Date:

Share:

Suruhanjaya Sekuriti hari ini telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Binance, kerana mengendalikan bursa aset digital (DAX) secara haram di Malaysia.

Selari dengannya, Binance telah diarahkan untuk melakukan beberapa perkara.

Antaranya adalah termasuk mematikan akses ke laman web Binance dan aplikasi mudah-alih Binance di Malaysia dalam tempoh 14 hari bekerja dari 26 Julai 2021.

Selain itu, Binance juga diminta menghentikan semua aktiviti media dan pemasaran kepada pelabur Malaysia, selain menghalang pelabur Malaysia daripada mengakses kumpulan Telegram Binance.

Pada masa yang sama, SC turut menasihatkan pelabur agar berhenti berurusan dengan bursa aset digital (DAX) yang tidak sah. Mereka dengan akaun Binance digesa agar segera menghentikan dagangan dan menarik kembali semua pelaburan.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Binance kerana mengendalikan bursa aset digital (DAX) secara haram. Di bawah seksyen 7(1) dan 34(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, semua pengendali DAX mestilah didaftarkan dengan SC sebagai Pengendali Pasaran yang Diiktiraf (RMO).
Oleh itu, SC telah mengeluarkan satu celaan awam terhadap Binance kerana terus beroperasi secara haram di Malaysia walaupun telah dimasukkan ke dalam Senarai Peringatan Pelabur SC pada bulan Julai 2020. Sehubungan ini, celaan awam telah dikeluarkan terhadap Binance Holdings Limited (Didaftarkan di Kepulauan Cayman), Ketua Pegawai Eksekutifnya Zhao Changpeng, serta tiga entiti Binance yang lain, iaitu Binance Digital Limited (Didaftarkan di UK), Binance UAB (Didaftarkan di Lithuania) dan Binance Asia Services Pte Ltd (Didaftarkan di Singapura).

Keempat-empat entiti Binance telah diperintahkan oleh SC untuk:

  1. Menyahupayakan laman web Binance (www.binance.com) dan aplikasi mudah alih di Malaysia dalam tempoh 14 hari bekerja dari 26 Julai 2021;
  2. Segera menghentikan semua aktiviti media dan pemasaran, termasuk mengedarkan, menerbitkan atau menghantar iklan dan/atau bahan pemasaran lain, sama ada melalui e-mel atau sebagainya, kepada pelabur Malaysia; dan
  3. Segera menghalang pelabur Malaysia daripada mengakses kumpulan Telegram Binance.

Zhao, selaku CEO Binance Holdings Limited, juga telah diperintahkan secara khusus untuk memastikan bahawa arahan di atas dilaksanakan.

Pelabur dinasihatkan agar berhenti berurusan dan melabur melalui DAX yang tidak sah. Mereka yang kini mempunyai akaun dengan Binance amat digesa agar segera menghentikan dagangan melalui platformnya dan menarik balik semua pelaburan mereka.

Orang ramai diingatkan untuk memaklumkan kepada SC jika mereka mendapati laman web yang mencurigakan atau menerima panggilan telefon atau e-mel tanpa diminta yang menawarkan nasihat dan peluang pelaburan, terutamanya yang mendakwa mereka menawarkan pulangan tinggi dengan sedikit atau tanpa risiko.

Pertanyaan atau aduan boleh diajukan kepada SC di talian: +603 6204 8999 atau e-mel: [email protected].

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...

Mahkamah dedahkan Do Kwon bubarkan Terraform Lab Korea beberapa hari sebelum kejatuhan Terra LUNA UST

Rekod rasmi menunjukkan Do Kwon membubarkan Terraform Labs Korea, menutup ibu pejabat dan cawangan tunggalnya hanya beberapa hari sebelum kejatuhan terra crypto (LUNA) dan...

Seluruh dunia bakal berdepan dengan kebuluran & peningkatan kadar kemiskinan secara drastik – PBB

KETUA Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 180 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 180.Dapatkan naskah MFM edisi ke 180 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here