24.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

BPR 2021 FASA 2 DITOLAK: ADAKAH PENERIMA GKP KINI BERTARAF T20?

Date:

Share:

1.2 Juta penerima manfaat Geran Khas Prihatin (GKP) dengan peruntukan negara sekitar RM4.78 billion kini berada dalam dilema dan tanda tanya samaada mereka kini telah dianggap sebagai golongan T20 berikutan dalam pembayaran BPR 2021 Fasa 2,status pembayaran mereka telah dianggap TIDAK LAYAK kerana merupakan penerima Geran Khas Prihatin (GKP) meskipun ada dikalangan mereka adalah penerima BPR 2021 Fasa 1.

Pembayaran BPR 2021 Fasa 2 yang bermula 7 Mei 2021 pastinya ditunggu-tunggu oleh golongan B40 & M40 yang permohonan mereka telah diluluskan sebelum ini.Walaubagaimanapun,penantian itu hari ini bertukar menjadi remuk rasa kecewa dan marah yang terpendam yang mungkin diterjemahkan pada kertas undi dalam pilihanraya akan datang sekiranya tidak ditanggani dengan baik oleh pihak berkenaan.

Apatah lagi dengan keadaan menjelang sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan sekatan Pergerakan Kawalan Pergerakan PKP 3.0 di beberapa negeri yang mengehadkan punca pendapatan golongan peniaga B40 & M40,situasi ini sangat meruntun hati.

Kita berharap pihak berwajib akan memberikan penjelasan dan melihat semula sistem penarafan tidak masuk akal ini.Sekiranya kesemua penerima GKP terus dilabel oleh sistem sebagai TIDAK LAYAK kerana telah menerima GKP beerti mereka kini telah dianggap golongan T20,bukan lagi sebagai golongan B40 atau M40 yang wajar dibantu.Semoga masih ada sinar Aidil Fitri buat para peniaga B40 & M40 penerima Geran Khas Prihatin (GKP) yang sedang dalam tanda tanya & dilema ini.

 

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Analisa Teknikal GbpAud 16 May 2022

GbpAud di TimeFrame H4.• Secara keseluruhannya harga masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Lihat di TimeFrame Daily ( D1 ).• Namun untuk di TimeFrame H4...

Analisa Teknikal EurAud 16 May 2022

EurAud di TimeFrame H4.• Ketika ini harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Sila rujuk di TimeFrame Daily ( D1 ).• Manakala untuk...

Analisa Teknikal GbpJpy 16 May 2022

GbpJpy di TimeFrame Daily ( D1 )• Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend.• Harga asal nya dalam kedudukan Sideways di mana harga...

UN beri amaran,bekalan gandum & jagung akan kehabisan menjelang 2023

Lebih daripada tiga bulan peperangan Rusia-Ukraine,sekatan eksport yang menghalang produk makanan Ukraine daripada diedarkan ke seluruh dunia, PBB memberi amaran bahawa dunia mungkin berada...

Hutang kerajaan Malaysia meningkat kepada 1 Trillion suku pertama tahun 2022

Kiraan Awal menunjukkan hutang Kerajaan Malaysia meningkat kepada RM1 trillion pada suku pertama 2022, naik 2.7% berbanding RM980 bilion pada tahun 2021Hasil Kerajaan juga...
spot_img

6 COMMENTS

  1. Wlupun penerima gkp tp bknla sale yg ribu riban. Hanya ckup mkn. Ibarat mcm kais pagi mkn pagi kais ptg mkn ptg. Tambahan pulak dgn keadaan pkp ni lgi ssh utk berniaga.

  2. Sgt2 terkilan.. Skrg dpt berniaga seminggu sekali je sejak covid, nk pegi luar daerah takut, lg2 kenderaan 3 suku je yg pakai ulang alik.. Dr sebelum pandemic lg brim, bsh.. Dgn duit ni je sy mampu membeli baju raya ank2.. Sungguh kalau tiada bantuan ni sy rsa dr dlu lg sy terkapai2 nk lengkpkn persiapan raya.. Dan kali ni sy xlyk bpr, sgt2 terkesan dgn alasan gkp.. Kalau ini jawapan nye, hapuskn je gkp, kerajaan tubuh bantuan gkp utk modal niaga d waktu pandemic, semua peniaga terkesan, tp bpr ni bantuan dr zaman brim lg.. Mmg alasan x munasabah utk golongan B40 mcm kami, kami buat permohonan GKP dgn lesen PBT penjaja, dan asbab covid19 ramai yakin dgn ada ssm dpt byk benefit dr gov, kami berusaha buka lesen ssm walaupon dgn rm70 utk ssm tu amat besar utk kami,lupe kah kerajaan, anda pernah war2 kn bantuan lesen ssm percuma pendaftaran utk B40.. Apakah ini?? Menindas rakyat miskin yg lagi miskin

  3. Sy umur 22 stil xdptt alasan x lyakk sbb bkn kategori bujang sdgkn bpn thn lalu sy dptt jgk??? Sedihh jgk laa xdpttt

  4. Sy umur 22 still xdpt alasan sbb bkn kategori bujang sdgkn bpn thun lalu sy dpt jgk hahhaah sedih jgk laa xdptt???

  5. Memang sedih sgt..gkp bantuan dikala Pandemic shj…manakala bpr berterusan..Kami b40..kasihanilah kami tiada pendapatan tetap..Tengku Zafrul tlng berikn penjelasan ?

  6. Sebelum ni Kategori b40 tapi selepas apply gkp apa apa bantuan pun x lepas.. Lebih baik kembalikan duit bantuan gkp.. Total rm1500 saja yang dapat.. Sy lebih rela mengembalikan semuanya.. Macamana saya nak buat pengembalian gkp ini? Setelah gkp dikembalikan adakah saya akan menerima bantuan bpr sebelum ini?

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here