22.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

KISAH BENAR : BUNUH DIRI KERANA KERUGIAN BESAR DALAM DAGANGAN

Date:

Share:

Seorang trader bernama Alex Kearns, meninggalkan nota terakhir beliau di tepi katil sebelum mengambil keputusan membunuh diri selepas mengalami kerugian besar dalam dagangan.

Baru berumur 20 tahun, berasal dari Illinois, Amerika Syarikat, meninggalkan mesej kepada ibu bapa beliau untuk membuka computer jika menemui nota tersebut. Bapa kepada Alex, Daniel Kearns membuka computer tersebut, terpapar di skrin, “If you’re reading this, then I am dead”.

Kurang daripada 24 jam daripada masa tersebut, sebenarnya Alex membuat semakan akaun dagangan beliau, dan mendapati akaun beliau berada dalam keadaagn negative $730,165 cash balance (tidak pasti modal milik beliau atau tidak).

Screen shot akaun milik Alex.

Tertekan dengan keadaan tersebut, dan risau akan impak yang beliau akan hadapi selepas itu, beliau nekad untuk keluar dari rumah menunggang motorsikal dan tidak kembali. Mayat Alex dijumpai beberapa hari selepas itu oleh pihak berkuasa.

Untuk membaca kisah lebih lanjut, baca artikel penuh di sini: https://www.cnbc.com/2020/06/18/young-trader-dies-by-suicide-after-thinking-he-racked-up-big-losses-on-robinhood.html

KESIHATAN MENTAL DAN RISIKO DAGANGAN

Di sini, kami ingin memberi nasihat dan amaran, Dagangan adalah sangat berisiko. Dalam kes Alex, beliau masih muda, dan masih mentah dalam dagangan. Tidak mempunyai kewangan yang stabil, tetapi memilih untuk ceburi dalm bidang ini.

Sememangnya ada trader yang berjaya, dan itu mungkin menjadi inspirasi beliau untuk juga ceburi diri dalam bidang ini. Tetapi di sebalik peluang untuk jana keuntungan, ianya datang sekali dengan risiko.

Kesihatan mental ketika dagangan adalah sangat penting. Mental yang sihat, akan mampu untuk bantu anda ketika mana anda berada dalam situasi kerugian. Pastikan anda jaga kesihatan mental anda sepanjang bergelar trader.

BUNUH DIRI BUKAN JAWAPANNYA!.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...

Mahkamah dedahkan Do Kwon bubarkan Terraform Lab Korea beberapa hari sebelum kejatuhan Terra LUNA UST

Rekod rasmi menunjukkan Do Kwon membubarkan Terraform Labs Korea, menutup ibu pejabat dan cawangan tunggalnya hanya beberapa hari sebelum kejatuhan terra crypto (LUNA) dan...

Seluruh dunia bakal berdepan dengan kebuluran & peningkatan kadar kemiskinan secara drastik – PBB

KETUA Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 180 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 180.Dapatkan naskah MFM edisi ke 180 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here