26.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

BURSA MALAYSIA BERI AMARAN MENGENAI SCAMMER PERLABURAN SAHAM MENYAMAR SEBAGAI INSTITUSI KEWANGAN YANG SAH

Date:

Share:

Bursa Malaysia Bhd menasihatkan para pelabur agar berjaga-jaga untuk melindungi diri dan orang lain daripada menjadi mangsa penipuan pelaburan.

Syarikat pemegang urusniaga yang diluluskan di bawah Seksyen 15 Akta Perkhidmatan dan Pasaran Modal 2007 itu menjelaskan bahawa akhir-akhir ini terdapat ini peningkatan jumlah penipuan pelaburan saham yang melibatkan penyalahgunaan nama dan logo korporat Bursa Malaysia.

“Pada masa yang tidak menentu, seperti ketika negara berdepan dengan pandemik Covid-19 sekarang, scammer cuba memikat mangsa untuk turut serta dalam skim dan aktiviti pelaburan saham yang menjanjikan keuntungan berganda untuk menipu mangsa.

“Mereka (scammer) sering menggunakan syarikat, laman web dan bahan promosi yang tidak berlesen atau tidak berdaftar yang meniru institusi kewangan yang sah untuk menipu orang awam yang berminat untuk melabur,”

Dikatakan penipuan pelaburan saham biasanya membawa nama dan logo Bursa Malaysia pada bahan berkaitan pemasaran dan penyiaran media sosial, yang menawarkan pulangan pelaburan yang tinggi dengan jaminan sedikit atau tanpa risiko.

“Pelabur akan dibawa ke’ laman web palsu atau nombor telefon yang disediakan oleh penipu.Laman web palsu ini pada amnya kelihatan hampir sama dengan laman web sebenar institusi kewangan yang sah,sekiranya tidak diamati dengan teliti”

Nombor telefon yang disediakan ini akan menghubungkan penipu dengan mangsa dimana mereka akan berpura-pura menjadi kakitangan Bursa Malaysia yang akan mengarahkan pelabur untuk memindahkan dana ke akaun lain dengan pelbagai nama yang berbeza.

Oleh itu,Bursa Malaysia ingin mengingatkan orang ramai untuk melabur hanya dengan pihak yang mempunya lesen yang sah dan diperakui.

Investor Alert List yang sering dikemas kini mengenai laman web, produk pelaburan, syarikat dan individu yang tidak diperakui , boleh didapati di Bursa Academy di https://www.bursaacademy.bursamarketplace.com/en/sc-investor-alert .

Selain itu, disarankan agar pelabur mengesahkan maklumat terlebih dahulu sebelum memutuskan untuk membuat perlaburan saham,tidak hanya bergantung pada apa yang diperolehi dari iklan-iklan marketing dan dakwaan-dakwaan gah individu-individu atau pihak tertentu tentang keuntungan besar dan berlipat ganda.

Pelabur juga harus bijak membezakandan mengesahkan samada laman web atau halaman media sosial sesuatu institusi kewangan itu palsu atau betul. “Laman web palsu atau laman media sosial palsu selalunya akan mempunyai logo (atau resolusi rendah) yang ganjil dan tidak sesuai dengan standard logo sebuah syarikat yang sah,” kata Bursa Malaysia.

Pelabur juga harus mengelakkan kaedah pembayaran yang tidak rasmi dan mendapatkan nasihat profesional yang bebas sebelum membuat apa-apa transaksi.

“Sentiasa berwaspada dengan tawaran pelaburan yang dibuat dalam talian, di media sosial atau melalui telefon,” katanya.

Bursa Malaysia menegaskan ia tidak melantik mana-mana ejen pihak ketiga untuk mewakilinya.

“Sekiranya anda menerima komunikasi yang mencurigakan yang berkaitan dengan Bursa Malaysia atau mengaku sebagai ejen Bursa Malaysia, kami mengesyorkan para pelabur untuk menghubungi kami terus di talian 03-2732 0067 atau melalui e-mel di [email protected] untuk mengesahkan kandungan komunikasi tersebut,

BERNAMA

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.“Ini agensi yang paling...

SC menambah 12 entiti ke Senarai Makluman Pelabur, empat klon berpotensi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemaskini Senarai Makluman Pelaburnya.Dalam makluman pada hari Isnin (29 Mei), suruhanjaya itu berkata orang/entiti berikut telah ditambahkan ke senarai:Wali...

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

US Dollar struggles to build on last week's gains.US Dollar Index stays on the back foot as risk mood improves on debt-limit deal.Investors await...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here