24.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

CEO SERBA DINAMIK DIDAKWA DI MAHKAMAH

Date:

Share:

Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Holdings Bhd’s (Serba Dinamik), Mohd Abdul Karim Abdullah didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mengemukakan kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia berhubung hal ehwal syarikat itu.

Karim, 56, yang dikenakan waran tangkap semalam, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sabariah Othman.

Dia didakwa mengemukakan satu kenyataan palsu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad berhubung laporan suku tahunan Serba Dinamik mengenai keputusan kewangan digabungkan bagi suku tahun dan tahun berakhir 31 Dis 2020.

Di bawah Seksyen 369(a)(B) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA), individu atau syarikat yang didapati membuat kenyataan palsu atau mengelirukan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC), bursa atau gedung penjelasan diluluskan, boleh dipenjara maksimum 10 tahun dan denda sehingga RM3 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Sabariah membenarkan Karim diikat jamin RM500,000 dengan dua penjamin dan melaporkan diri kepada pegawai penyiasat mengikut jadual.

“Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan jaminan anda dibatalkan dan ditahan.”

Tetapi, Sabariah membenarkan Karim menyimpan pasportnya kerana beliau kerap ke luar negara.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Analisa Teknikal GbpAud 16 May 2022

GbpAud di TimeFrame H4.• Secara keseluruhannya harga masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Lihat di TimeFrame Daily ( D1 ).• Namun untuk di TimeFrame H4...

Analisa Teknikal EurAud 16 May 2022

EurAud di TimeFrame H4.• Ketika ini harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Sila rujuk di TimeFrame Daily ( D1 ).• Manakala untuk...

Analisa Teknikal GbpJpy 16 May 2022

GbpJpy di TimeFrame Daily ( D1 )• Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend.• Harga asal nya dalam kedudukan Sideways di mana harga...

UN beri amaran,bekalan gandum & jagung akan kehabisan menjelang 2023

Lebih daripada tiga bulan peperangan Rusia-Ukraine,sekatan eksport yang menghalang produk makanan Ukraine daripada diedarkan ke seluruh dunia, PBB memberi amaran bahawa dunia mungkin berada...

Hutang kerajaan Malaysia meningkat kepada 1 Trillion suku pertama tahun 2022

Kiraan Awal menunjukkan hutang Kerajaan Malaysia meningkat kepada RM1 trillion pada suku pertama 2022, naik 2.7% berbanding RM980 bilion pada tahun 2021Hasil Kerajaan juga...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here