27.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

CHINA KENAKAN LARANGAN IMPORT BIJIH BESI DARIPADA AUSTRALIA

Date:

Share:

16th Dec. – Kerajaan China semalam dilaporkan telah mengambil keputusan drastik dengan mengenakan larangan import sumber alam bijih besi daripada Australia yang dianggarkan bernilai $14 billion dolar. Kerajaan China telah membuat mesyuarat dengan 10 syarikat utama negara China yang merupakan pengimport bijih besi terbesar negara itu dan mengambil ketetapan untuk terus membenarkan aktiviti import dilakukan tetapi tidak daripada negara Australia.

Mengikut laporan akhbar yang diterbitkan semalam, jika sebelum ini Australia merupakan negara pengeksport bijih besi terbesar kepada negara China, kini mereka beralih kepada beberapa negara alternatif yang lain seperti Mongolia, Indonesia dan Russia.

Tindakan ini diambil sebagai langkah untuk mengawal harga bijih besi yang melonjak melebihi $150.00 dollar per tan. Setelah keputusan larangan oleh China ini diumumkan, harga bijih besi mula menunjukkan sedikiti penurunan.

Kerajaan China mensasarkan untuk mendapatkan sumber bahan mentah penting itu dengan kadar harga tidak melebihi $97.80 dollar per tan dan langkah yang diambil telah mula menampakkan hasil apabila harga bijih besi mula menurun sejak semalam.

Perdana Menteri Australia, dalam respon terkini berang dengan tindakan China ini dan menuduh China telah melanggar perjanjian perdagangan antarabangsa. Beliau masih lagi dalam usaha untuk mendapatkan penjelasan lebih mendalam daripada kerajaan China berhubung perkara ini.

Jika pengukuhan Australian Dollar sebelum ini disumbang oleh permintaan yang tinggi terhadap AUD untuk urusan pembelian bijih besi dari negara Australia oleh China, larangan terkini ini pastinya akan menjejaskan permintaan terhadap AUD sekaligus berpotensi untuk turun sedikit.

Ketika ini matawang AUD didagangkan pada paras sekitar 0.75500, paras harga yang sebenarnya merisaukan penganalisa ekonomi kerana bakal memberi kesan terhadap ekonomi Australia secara keseluruhan.


Sertai webinar ShowFx World terakhir pada tahun 2020 bersama dengan pengasas e-majalah forex mingguan “Majalah Forex Malaysia” – Ahmad Faizuddin!

Terdapat 5 asas penting dalam dagangan Forex iaitu:

A. Ilmu analisa pasaran
1. Analisa fundamental
2. Analisa teknikal
3. Analisa sentimen

B. Ilmu kemahiran dagangan
1. Kemahiran mengawal akaun dagangan
2. Menguasai emosi semasa dagangan

Webinar in amat sesuai dengan mereka yang baru berdagang dan mereka yang mahu mengulangkaji ilmu mereka berkaitan dengan 5 aspek penting dalam dagangan forex.

Setiap peserta berpeluang memenangi bonus dagangan AS $ 1,000, AS $ 2,000 atau telefon pintar berjenama iPhone!

Untuk menyertai webinar secara percuma, anda boleh klik di bawah.

https://www.showfxworld.com/promo/faizuddin.php?x=majfxmy

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

NATO isytihar China sebagai ancaman keselamatan kepada penduduk dunia

NATO telah menyenaraikan China sebagai salah satu keutamaan strategiknya buat kali pertama, dengan mengatakan cita-cita Beijing dan "dasar paksaan" mencabar "kepentingan, keselamatan dan nilai"...

Pengguna diingatkan bersedia harga minyak masak dijangka terus naik berkali ganda sehingga 40 peratus

Mulai hari ini harga minyak berbotol sudah naik berganda-ganda bahkan pasaran tempatan menjangkakan sepanjang Julai ini harga minyak masak akan naik lagi sehingga 40...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 186 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 186.Dapatkan naskah MFM edisi ke 186 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Harga ayam kembali turun di beberapa tempat

Bermulanya tarikh penguatkuasaan harga siling ayam kepada RM9.40 sekilo berbanding harga siling lama RM8.90 sekilo hari ini,1 Julai 2022,peniaga di beberapa negeri dan daerah...

PM Thai harap kebanjiran pelancong dari Malaysia bantu memulihkan kejatuhan matawang Baht

Baht Thailand yang lemah adalah baik untuk eksport manakala kedudukan fiskal dan kewangan kekal kukuh, kata Perdana Menteri Thai.Kelemahan Baht, bagaimanapun, memberi kesan negatif...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here