33.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

DAFTAR LOGIN MYFUTUREJOBS:PORTAL CARI PEKERJAAN(myfuturejobs.gov.my)

Date:

Share:

APA ITU MYFUTUREJOBS?

MYFutureJobs adalah portal di bawah seliaan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Ianya dilancarkan susulan program PenjanaKerjaya iaitu Program Insentif Pengambilan Pekerja yang dilancarkan dengan tujuan merangsang permintaan pekerjaan dalam kalangan majikan serta meningkatkan peluang pekerjaan dan kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan.

Bagaimanakah cara untuk register login portal MyFutureJobs?

REGISTER MYFUTUREJOBS(JOB SEEKER)

Kepada pencari kerja,anda boleh buat pendaftran mencari pekerjaan melalui portal Myfuturejobs:

Layari portal MYFutureJobs
Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin (Sila view as desktop atau menggunakan komputer sekiranya butang tersebut tidak muncul)
Dalam paparan seterusnya, klik butang ‘Register’
Masukkan emel dan kata laluan (reka sendiri) dan klik ‘Register’
Tiba di skrin seterusnya, terima terma dan syarat untuk masuk ke portal. Anda akan dibawa ke halaman Profil secara automatik.
LOGIN PORTAL MYFUTUREJOBS

Berikut adalah cara log masuk ke portal MyFutureJobs:

Layari portal MYFutureJobs
Klik ‘Job Seeker Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
Log masuk menggunakan emel dan kata laluan yang telah didaftarkan. Anda akan dibawa ke halaman ‘Match Jobs’ atau padanan kerja di mana anda boleh mencari kerja yang sesuai dengan profil anda berdasarkan bidang kerjaya dan kawasan yang dicari
REGISTER MAJIKAN MYFUTUREJOBS(EMPLOYER)

Jika anda sebagai majikan dan ingin mengiklankan jawatan kosong, berikut adalah cara untuk daftar majikan di portal MYFutureJobs:

Layari portal MYFutureJobs
Klik ‘Employer Sign In’ pada bahagian atas kanan skrin
Dalam paparan seterusnya, klik ‘Register Here’
Isikan butiran syarikat dan klik ‘Send For Approval’
Maklumat berkaitan akaun syarikat telah disahkan oleh MYFutureJobs akan dihantar dan diterima oleh syarikat
SOALAN LAZIM REGISTER LOGIN MYFUTUREJOBS

Macam mana cara nak daftar cari kerja di portal MyFutureJobs?

Anda boleh buat pendaftaran mencari pekerjaan di portal MyFutureJobs.Rujuk artikel di atas.

Apa kelebihan portal MyFutureJobs?

Portal ini membantu anda mengatasi isu ketidaksepadanan dalam penawaran dan permintaan pekerjaan, meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpasaran dalam kalangan pencari kerja tempatan.

Jika saya sebagai majikan dan bolehkah saya iklankan pekerjaan di portal MYFutureJobs,bagaimana caranya?

Boleh,sila rujuk artikel diatas untuk mendaftar.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda perlukan panduan penggunaan portal MyFutureJobs,sila layari laman web rasmi PERKESO

Emel : [email protected]

Talian : 03-8091 5300 / 1-300-22-8000

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Joe Biden & pemimpin G7 bersetuju kenakan sekatan import emas Rusia

Presiden A.S. Joe Biden dan rakan sejawatannya dari G7 bersetuju mengenakan larangan import emas dari Rusia ketika mereka meluaskan sekatan terhadap Moscow kerana...

Perang Matawang kini meletus dikalangan bank pusat seluruh dunia

Isabel Schnabel dari Bank Pusat Eropah memulakannya. Pada bulan Februari, dia memaparkan carta yang menunjukkan berapa banyak euro telah melemah berbanding dolar AS.Dua bulan...

Inflasi Malaysia meningkat ke paras baru 2.8%

Indeks Harga Pengguna Mei 2022 meningkat 2.8 peratus kepada 126.6 berbanding 123.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan kenaikan ini...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 185 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 185.Dapatkan naskah MFM edisi ke 185 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Tarif elektrik kekal,pengapungan harga ayam ditarik balik -PM

Perdana Menteri,DS Ismail Sabri hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa tarif elektrik kekal dan pengapungan harga ayam yang diumumkan KPDNHEP ditarik balik demi kebajikan rakyat...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here