26.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

‘Dah 3 Tahun Baru Nak Buat’- Pelitup Muka Bukan Perubatan Perlu Cop SIRIM Cetus Perdebatan Netizen

Date:

Share:

Mulai 4 April 2022, semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd.

Menurut laporan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berkata, ia susulan pewartaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan 2022 di bawah Akta Perihal Dagangan 2011.

Difahamkan, pewartaan tersebut bertujuan memastikan pelitup muka bukan perubatan yang dihasilkan sama ada dalam negara atau diimport mematuhi standard keselamatan yang ditetapkan menerusi perintah itu.

Pelaksanaan pewartaan tersebut mendapat perhatian orang ramai dan rata-rata netizen tidak bersetuju dengan pelaksanaan itu kerana negara kini di fasa peralihan endemik.

Image

Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan dengan pelaksanaan memastikan pelitup muka miliki cop SIRIM ini pastinya akan membuatkan harga meningkat dan membebankan rakyat kelak.

Malah, ada juga netizen keliru dengan denda yang dikenakan kepada individu sama ada ia berkait dengan pengguna atau tidak. Untuk pengetahuan anda, denda hanya akan dikenakan terhadap pengilang dan pengimport yang tidak patuh dengan penguatkuasaan dan bukannya kepada orang awam.

Bagi syarikat yang tidak mematuhi arahan boleh didenda tidak melebihi RM200,000 dan untuk kesalahan kali kedua atau berikutnya akan didenda tidak melebihi RM500,000.

Manakala untuk individu pula, denda yang dikenakan tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan kali kedua atau berikutnya, denda tidak melebihi RM250,000 atau penjara tak melebihi selama 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Ekonomi AS menyusut sebanyak 1.5% dalam tiga bulan pertama 2022

Ekonomi Amerika Syarikat menyusut dalam tiga bulan pertama tahun ini walaupun pengguna dan perniagaan terus berbelanja pada kadar yang kukuh, lapor kerajaan pada Khamis,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 181 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 181.Dapatkan naskah MFM edisi ke 181 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Copytrade CARETAKER di broker TIFIA akhirnya tamat

Copytrade CARETAKER yang telah menjalankan dagangan lebih 961 hari sejak 8/8/2019 dengan jumlah pelaburan melebihi 152,172 USD dari seluruh dunia akhirnya terpaksa ditamatkan ekoran...

Analisa Teknikal EurJpy 27 May 2022

EurJpy di TimeFrame H4.**Line Hitam mewakili SnR Daily****Line biru mewakili SnR H4**• Harga ketika ini secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sila rujuk...

Analisa Teknikal UsdJpy 27 May 2022

UsdJpy di TimeFrame H4.• Harga asal nya dalam kedudukan Uptrend.• Namun begitu, harga mula membuat penurunan, berkemungkinan untuk membuat pertukaran Trend daripada uptrend kepada...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here