26.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

DOLAR AS MENGUKUH, WALAUPUN DATA BURUH AS MENGECEWAKAN

Date:

Share:

Dolar AS (USD) sedikit mengukuh pada sesi pagi dagangan Asia, mengurangkan sedikit kerugian yang dialami semalam selepas mencatatkan kerugian terbesar dalam 10 hari susulan data buruh Amerika Syarikat yang mengecewakan. Laporan tersebut akhirnya telah menjejaskan keyakinan yang tercipta hasil daripada pemulihan ekonomi negara itu daripada Covid-19.

Indeks Dolar AS yang menjejaki USD dengan beberapa matawang utama lain, mengukuh sebanyak 0.09% kepada 90.632 pada jam 10.16am GMT+8 waktu Malaysia.

Pasangan matawang USD/JPY mengukuh 0.06% kepada 105.72. Dolar tidak banyak berubah berbanding Yen Jepun selepas melemah selama dua hari berturut-turut daripada paras tinggi lima bulan yang direkodkan pada hari Rabu.

AUD/USD susut 0.06% kepada 0.7762 manakala NZD/USD melemah 0.19% kepada 0.7206.

Pasangan matawang GBP/USD pula susut 0.12% kepada 1.3954. Pound Sterling kebanyakannya mendatar selepas hampir mendaki ke paras tinggi tiga tahun pada sesi sebelumnya. Ia merupakan peningkatan terbanyak dalam tempoh lebih satu bulan dengan United Kingdom terus bergerak pantas dalam program vaksinasi Covid-19.

Dolar AS yang turut dikenali sebagai “greenback” kini mula kembali ke peranannya sebagai aset “safe-haven,” dengan sentimen pelaburan terjejas dengan peningkatan luar jangkaan dalam tuntutan pengangguran AS. Sejumlah 861,000 tuntutan difailkan pada minggu lalu berbanding ramalan 765,000 oleh Investing.com.

Data mengecewakan itu telah memberi impak negatif kepada USD, walaupun terdapat perkembangan positif dalam pakej rangsangan ekonomi bernilai $1.9 trillion yang dicadangkan oleh Presiden Joe Biden.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

PM Belanda,Mark Rutte seru warga barat terima hakikat akan jatuh miskin akibat hyperinflasi

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte pada hari Rabu berkata terdapat "had untuk apa yang kerajaan boleh lakukan" untuk membantu orang ramai di tengah-tengah keadaan...

Bekalan ayam di Singapura mula terjejas selepas keputusan larangan eksport ayam dikuatkuasakan di Malaysia

Menurut agensi berita Singapura,MEDIACORP sesetengah gerai dan premis perniagaan beraskan ayam mungkin 'tutup kedai buat sementara waktu' ekoran larangan eksport ayam oleh Malaysia.Harga ayam...

Genting Malaysia rugi RM126.53 juta suku pertama tahun ini

Kerugian bersih Genting Malaysia Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berkurangan kepada RM126.53 juta berbanding RM483.59 juta setahun lalu.Pendapatan diraih melonjak hampir...

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here