22.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

EKONOMI U.K. MENGUNCUP LEBIH SEDIKIT BERBANDING JANGKAAN PADA BULAN JANUARI

Date:

Share:

Ekonomi United Kingdom menguncup lebih sedikit berbanding jangkaan sewaktu pelaksanaan perintah berkurung pada bulan Januari, rentetan didorong oleh peningkatan mengejut daripada sektor pembinaan dan aktiviti yang baik dalam sektor kesihatan.

Keluaran dalam negara kasar jatuh 2.9%, jauh lebih rendah daripada jangkaan 4.9% daripada ramalan ahli-ahli ekonomi, menurut jabatan perangkaan negara. Peningkatan dalam sektor-sektor berkenaan membantu mengurangkan impak kejatuhan eksport ke Kesatuan Eropah (EU) setinggi 40.7% dalam bulan pertama keluarnya Britain dari blok tersebut.

Data menunjukkan kempen vaksinasi yang pantas daripada pentadbiran Perdana Menteri Boris Johnson terbukti membantu mengukuhkan ekonomi selain daripada menambah keyakinan bahawa sekatan akan diangkat menjelang pertengahan tahun ini. Perkara ini sudah pasti akan diambil kira oleh Bank of England (BoE) sewaktu membuat keputusan mengenai adakah U.K. memerlukan lebih banyak rangsangan untuk pulih daripada kemelesetan terburuk dalam tiga abad pada minggu hadapan.

Dagangan adalah isu utama terhadap ekonomi U.K. Ini kerana eksport ke EU jatuh 40.7% dari Disember ke Januari, manakala import ke blok itu susut 28.8%. Barangan yang paling terjejas teruk adalah mesin dan peralatan pengangkutan, terutamanya kenderaan dan produk kesihatan dan farmaseutikal.

Buat masa ini, peramal rasmi ekonomi kerajaan — Jabatan Tanggungjawab Belanjawan — menjangkakan penyusutan 3.8% dalam keluaran pada suku tahun ini diikuti oleh pemulihan pantas ke paras pra-Covid pada suku kedua tahun hadapan, enam bulan lebih pantas daripada ramalan yang dilakukan pada bulan November.

BoE pula lebih optimis, meramalkan kembalinya ekonomi ke paras penghujung 2019 menjelang awal 2022 selepas keluaran melonjak 14% pada tahun ini. Gabenor Andrew Bailey walaubagaimanapun memberi amaran bahawa ekonomi cenderung kepada risiko ke bawah.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...

Mahkamah dedahkan Do Kwon bubarkan Terraform Lab Korea beberapa hari sebelum kejatuhan Terra LUNA UST

Rekod rasmi menunjukkan Do Kwon membubarkan Terraform Labs Korea, menutup ibu pejabat dan cawangan tunggalnya hanya beberapa hari sebelum kejatuhan terra crypto (LUNA) dan...

Seluruh dunia bakal berdepan dengan kebuluran & peningkatan kadar kemiskinan secara drastik – PBB

KETUA Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 180 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 180.Dapatkan naskah MFM edisi ke 180 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here