33.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

EL SALVADOR MENJADI NEGARA PERTAMA YANG MENERIMA BITCOIN SEBAGAI MATA WANG SAH

Date:

Share:

Seorang wanita mengeluarkan wang dari ATM Athena Bitcoin. Presiden Salvador Nayib Bukele telah mengumumkan bahwa dia akan mengusulkan undang-undang kepada Kongres, di mana partinya menguasai majoriti, agar Bitcoin menjadi matawang sah.

El Salvador kini telah menjadi negara pertama di dunia yang menerima Bitcoin sebagai salah satu bentuk mata wang yang sah, selepas kongress di negara berkenaan mengesahkan perundangan untuk menerima Bitcoin.

Penggubal undang-undang di Kongres negara Amerika Tengah itu memilih “supermajority” yang menyokongUndang-Undang Bitcoin diperkenalkan, dengan menerima undian 62 menyokong dari jumlah 84 undian yang layak mengundi di kongres El Salvador

Harga bitcoin naik 5% menjadi $ 34,239.17 sejurus selepas pengundian.

Presiden El Salvador Nayib Bukele

Sebelum ini, presiden El Salvador telah membentangkan idea berkenaan, dan menerima Bitcoin dalam potensi ia untuk memudahkan mereka yang menetap di luar negara untuk menghantar wang ke negara berkenaan. Ekonomi utama negara berkenaan bergantung kepada penghantaran wang kembali ke tanah-air dari rakyat yang bekerja di luar negara. Pada tahun 2019 sahaja, ia menyaksikan sekitar $6 bilion dihantar ke El Salvador daripada rakyat di luar negara – memperlihatkan satu perlima KDNK negara berkenaan.

Selain daripada itu, Bitcoin juga dijangka akan membuka peluang pelaburan, pelancongan, inovasi dan juga pembangunan ekonomi untuk negara berkenaan.

Perundangan yang mengesahkan penggunaan Bitcoin ini dijangka akan dikuat-kuasa dalam 90 hari lagi.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

PM Thai harap kebanjiran pelancong dari Malaysia bantu memulihkan kejatuhan matawang Baht

Baht Thailand yang lemah adalah baik untuk eksport manakala kedudukan fiskal dan kewangan kekal kukuh, kata Perdana Menteri Thai.Kelemahan Baht, bagaimanapun, memberi kesan negatif...

Jokowi tiba di Moscow bertemu Putin bagi merayu Rusia memberi laluan eksport gandum yang selamat

Presiden Indonesia Joko Widodo bersama rombongannya tiba di Moscow bagi merayu Vladmir Putin,Presiden Rusia memberi jaminan untuk laluan perdagangan eksport gandum yang selamat dalam...

JPA tubuh jawatankuasa kaji sistem kerja 4 hari seminggu

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan pasukan mengkaji sistem bekerja empat hari seminggu di negara ini.Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, berkata kajian...

Harga siling ayam RM9.40 sekilo mulai 1 Julai-Ronald Kiandee

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40...

Analisa Teknikal GbpJpy 29 Jun 2022

GbpJpy di TimeFrame Daily ( D1 ).• Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend.• Ketika ini harga masih gagal untuk break dan close...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here