25.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

Elon Musk tawar AS$43 bilion untuk beli Twitter 

Date:

Share:

Makluman kepada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) AS pada Khamis menunjukkan Elon Musk membuat tawaran untuk membeli Twitter.

Jutawan itu berkata beliau sanggup membayar US$54.20 setiap saham untuk membeli 100 peratus syarikat itu. Tawaran tunai keseluruhan menjadikan nilai syarikat rangkaian sosial itu mencecah US$43.4 bilion, kata Xinhua.

“Saya melabur dalam Twitter kerana percaya potensinya untuk menjadi platform untuk bebas bersuara di seluruh dunia,” tulis Musk dalam e-mel kepada Bret Taylor, Pengerusi Lembaga Pengarah Twitter. 

E-mel itu diterbitkan semula dalam pemfailan SEC, sambil menambah bahawa “Twitter perlu ditransformasi sebagai syarikat persendirian.”

“Tawaran saya adalah tawaran terbaik dan terakhir, dan jika ia tidak diterima, saya perlu pertimbangkan semula kedudukan saya sebagai pemegang saham,” kata Musk. Tawaran itu adalah premium 54 peratus sehari sebelum beliau mula melabur dalam Twitter dan premium 38 peratus sehari sebelum pelaburannya diumumkan secara terbuka.

Twitter mengeluarkan kenyataan yang mengesahkan penerimaan tawaran Musk dan berkata lembaganya akan “meneliti cadangan itu untuk tindakan”.

Pada 4 April, Twitter mengesahkan bahawa Musk memperoleh 9.2 peratus saham syarikat itu untuk menjadi pemegang saham terbesar. Namun Musk kemudiannya enggan menyertai barisan lembaga pengarah.

Sebagai ahli lembaga pengarah, Musk tidak dibenarkan memiliki lebih daripada 14.9 peratus saham syarikat.

Musk kini merupakan orang terkaya di dunia. Menurut Forbes, nilai kekayaannya kini adalah US$273.6 bilion.

– Bernama

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...

Mahkamah dedahkan Do Kwon bubarkan Terraform Lab Korea beberapa hari sebelum kejatuhan Terra LUNA UST

Rekod rasmi menunjukkan Do Kwon membubarkan Terraform Labs Korea, menutup ibu pejabat dan cawangan tunggalnya hanya beberapa hari sebelum kejatuhan terra crypto (LUNA) dan...

Seluruh dunia bakal berdepan dengan kebuluran & peningkatan kadar kemiskinan secara drastik – PBB

KETUA Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 180 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 180.Dapatkan naskah MFM edisi ke 180 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here