23.8 C
Kuala Lumpur
spot_img

GENETIK TRADER, PENUHI POTENSI ANDA DAN JADI YANG TERHEBAT!

Date:

Share:

Dalam dunia dagangan, tidak kira apa bentuk dagangan sekalipun, matlamat utama semua pedagang ataupun lebih dikenali sebagai “TRADER” ialah keuntungan.

Bagaimana seseorang itu boleh konsisten dalam membuat keuntungan dagangan?.

Untuk menjawab persoalan ini, kami bahagikan kepada dua faktor utama selain ada satu faktor tambahan yang kita tidak boleh tolak sama sekali.

1. ILMU DAGANGAN

Seorang trader yang berjaya pastinya mempunyai ilmu dagangan yang baik. Tidak kira samada fokus hanya kepada ilmu tertentu sahaja atau gabungan kepada beberapa asas ilmu dagangan, yang pasti beliau mempunyai ilmu dagangan sekaligus mampu merancang untuk membentuk satu sistem dagangan.

2. PENGALAMAN

Trader yang mempunyai ilmu yang banyak, kerana beliau banyak menghabiskan duit dan masa hadir ke pelbagai jenis kelas dagangan yang ditawarkan kadang-kadang tidak konsisten dalam dagangan. Kenapa?. Adakah ilmu yang diajar di pelbagai kelas yang beliau sertai tidak baik atau salah?.

Persoalan itu terlalu subjektif untuk dijawab. Yang pasti, pengalaman sangat membantu seseorang trader sebenarnya. Trader yang berilmu dan berpengalaman adalah lebih baik berbanding trader yang berilmu tetapi kurang pengalaman. Kerana dagangan adalah sangat mencabar, pengalaman akan membantu trader untuk menghadapi cabaran tersebut.

GENETIK TRADER

Apa yang dinamakan sebagai genetik trader?. Genetik ialah gen yang ada dalam diri seseorang. Gen ini yang membentuk keperibadian masing-masing. Oleh itu, dalam dunia dagangan, setiap trader ada “genetik” tersendiri, dan anda kena cari apakah genetik anda yang sebenar sebelum penuhi potensi yang ada.

Swing atau scalper?

Ada trader yang sangat berkebolehan dalam membuat dagangan yang pantas tapi banyak. Beliau mempunyai konsenstrasi yang tinggi dan tidak memerlukan masa yang panjang untuk menghasilkan keuntungan.

Tetapi tetap ada juga trader yang lebih tenang dalam dagangan. Dagangan beliau berkualiti tinggi tetapi memerlukan masa untuk menampakkan hasil dagangan.

Anda berada di dalam kategori yang mana?.

Berdagang dalam tekanan diperhatikan ramai atau lebih selesa bersendirian?

Secara jujur, ada trader yang mampu dan bersedia membuat dagangan walaupun akaun dagangannya diperhatikan umum. Beliau seorang yang mempunyai ketahanan dari segi emosi dan mungkin ketahanan ini telah dilatih. Trader jenis ini berkeupayaan untuk sertai pertandingan dagangan ataupun membuat copytrade dan beliau mampu berjaya dalam bidang tersebut (kenyataan secara umum sahaja, kerana isu copytrade banyak yang perlu dikupas).

Manakala, ada trader yang sangat berjaya dalam dagangan beliau. Tetapi dengan syarat, bebas tekanan dan tumpuan ramai. Beliau lebih tenang dan selesa membuat dagangan dan keputusan dagangan tanpa diperhatikan kerana genetik beliau tidak mampu menahan emosi dan tekanan. Kebanyakan silent trader yang memilih untuk tidak menonjolkan diri berada dalam kategori ini.

Guru, pengajar, IB, local depositor dan banyak lagi

Dalam dunia dagangan, cabang yang lain juga banyak selain membuat dagangan sahaja. Ada yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas dalam dagangan memilih untuk menceburkan diri dalam bidang pendidikan dagangan. Tidak kira sama ada bergerak secara solo ataupun di taja oleh pihak broker, mereka memilih untuk menyumbang ilmu dagangan kepada umum. Tolak tepi isu-isu sampingan (banyak isu yang hangat jika dibicarakan), sekurang-kurangnya mereka ini menyumbang kepada komuniti trader.

Introducing Broker (IB) ialah satu istilah yang dipanggil kepada individu-individu yang menjadi ejen penggerak kepada dunia dagangan. Memperkenalkan platform broker, memberi servis kepada pelanggan dan pelbagai lagi, ramai yang memilih bidang ini. Untuk menjadi IB juga memerlukan genetik yang khusus, yang mana ianya boelh bersifat natural karekter sesorang mahupun dilatih secara bereterusan.

Ada juga yang memilih untuk menjadi ejen pembayaran yang menghubungkan di antara pelanggan dan broker. Tugas utama mereka ialah memudahkan urusan para pelanggan yang mana lebih gemar berurusan dengan individu yang dikenali dan mudah untuk berinteraksi baik secara maya atau pun secara fizikal.

KESIMPULAN

Kita semua ialah keluarga besar komuniti trader di Malaysia amnya, dan tidak dilupakan juga sahabat kita dari Indonesia, Brunei dan Singapura.

Anda perlu kenal GENETIK TRADING ANDA, DAN PENUHI POTENSI ITU!. Tidak perlu untuk mengikut 100% jejak langkah trader-trader yang lain, kerana berekemungkinan genetik anda dan dia adalah berbeza!. Jika seorang tradr tersebut sangat berjaya dalam dunia TRADING CONTEST, tidak bermaksud anda juga perlu berjaya dalam dunia tersebut. BE YOURSELF!. Jika ada yang berjaya menjadi ikon pendidikan dagangan, dan anda merasakan genetik pendidikan tidak ada pada anda, teruskan menjadi apa yang anda ada sahaja.

Matlamat akhir dunia dagangan ini ialah MENGHASILKAN PROFIT DAN KEKAL BERTERUSAN MENGHASILKAN PROFIT. JADI DIRI SENDIRI. Kurangkan kontroversi, lebihkan profit!.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...

Mahkamah dedahkan Do Kwon bubarkan Terraform Lab Korea beberapa hari sebelum kejatuhan Terra LUNA UST

Rekod rasmi menunjukkan Do Kwon membubarkan Terraform Labs Korea, menutup ibu pejabat dan cawangan tunggalnya hanya beberapa hari sebelum kejatuhan terra crypto (LUNA) dan...

Seluruh dunia bakal berdepan dengan kebuluran & peningkatan kadar kemiskinan secara drastik – PBB

KETUA Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 180 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 180.Dapatkan naskah MFM edisi ke 180 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here