33.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

GENTING HONG KONG BANKRAP : 3 BANK MALAYSIA TERKESAN KERANA BERI PINJAMAN RM2.51 BILLION TANPA CAGARAN

Date:

Share:

Rakyat Malaysia menuntut akauntabiliti daripada tiga bank Malaysia susulan pelaburan besar daripada dana berkaitan kerajaan berhubung keputusan mereka untuk memberikan pinjaman tidak bercagar yang besar kepada Genting Hong Kong yang kini menghadapi masalah kewangan.

Malayan Banking Berhad (Maybank), Kumpulan CIMB Berhad dan RHB Bank Berhad dijangka menerima kesan besar kerana mereka adalah pemiutang tidak bercagar utama Genting Hong Kong dengan jumlah pinjaman berjumlah AS$600 juta (RM2.51 bilion), menurut Straits Times Singapura.

Netizen menegaskan bahawa kebanyakan pelabur utama dalam bank-bank ini adalah institusi yang menguruskan simpanan pembayar cukai Malaysia.
Mengikut rekod pegangan saham setakat 31 Disember tahun lalu, pelabur terbesar Maybank ialah Amanah Saham Bumiputera melalui Amanahraya Trustees Berhad dengan pegangan sebanyak 34.01 peratus diikuti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak 12.94 peratus dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) sebanyak 7.09 peratus.

Sementara itu, pemegang saham terbesar dalam CIMB ialah Khazanah Nasional dengan pegangan 25.7 peratus diikuti KWSP (15.3 peratus), PNB (11.8 peratus) dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) (6.3 peratus).

Bagi RHB, institusi awam yang mempunyai pegangan saham besar termasuk KWSP (42.3 peratus), PNB (6.1 peratus) dan KWAP (5.89 peratus).

Netizen juga menegaskan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melindungi semua pelaburan ini.

“Kerajaan sepatutnya menjaga wang pembayar cukai dan peratusan besar golongan dewasa yang bekerja adalah penyimpan KWSP.

“Sehubungan itu, orang ramai berhak untuk mengetahui jika pinjaman tidak bercagar ini diluluskan secara melulu.” (ayo-yo..don’t question lah bro..ramai genious yang bekerja dengan syarikat2 gergasi ni)
Pada 18 Januari lalu, Genting Hong Kong, yang terlibat terutamanya dalam industri kapal persiaran, memfailkan penggulungan perniagaannya selepas syarikat itu tidak dapat membayar hutangnya.

Industri persiaran terjejas teruk sejak pandemik Covid-19 bermula.

Genting Hong Kong hari ini mengumumkan bahawa pengerusi dan ketua pegawai eksekutifnya, Lim Kok Thay meletakkan jawatan berikutan tindakan penggulungan itu.

Peletakan jawatannya berkuat kuasa pada 21 Januari. Lim memegang 76 peratus kepentingan dalam Genting Hong Kong.

Kok Thay memulakan perniagaan feri persiaran dan perjudian atas kapal di Hong Kong pada 1990-an dan menjadikannya salah satu pengendali kapal persiaran terbesar di Asia.

Ia hasil minatnya yang mendalam, selain salah satu cara mempelbagaikan perniagaan kasino yang dibina oleh bapanya, Tan Sri Lim Goh Tong, di Malaysia.

Di bawah Kok Thay, Genting Hong memperluaskan angkatan kapalnya, dengan membeli kapal persiaran lain selain turut mengambil alih limbungan di Jerman untuk membina kapal.

Kini, selepas lebih dua tahun pandemik COVID-19, syarikat itu menuju ke arah pembubaran.

Minggu lalu, Genting Hong Kong memfailkan petisyen untuk penggulungan perniagaan.

Kok Thay menubuhkan syarikat kemudiannya yang menjadi Genting Hong Kong pada 1993, dengan membeli feri daripada firma kapal persiaran yang muflis untuk dikendalikan di bawah jenama Star Cruises.

Angkatan kapal pertamanya adalah terpakai dan hanya semasa Krisis Kewangan Asia pada lewat 1990-an syarikat itu mula membeli kapal baharu.

Seorang jurucakap Genting enggan memenuhi permintaan Bloomberg untuk menemual Kok Thay.

Manakala, wakil Genting Hong Kong tidak dapat memberikan kenyataan segera berhubung perkembangan berkenaan.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Joe Biden & pemimpin G7 bersetuju kenakan sekatan import emas Rusia

Presiden A.S. Joe Biden dan rakan sejawatannya dari G7 bersetuju mengenakan larangan import emas dari Rusia ketika mereka meluaskan sekatan terhadap Moscow kerana...

Perang Matawang kini meletus dikalangan bank pusat seluruh dunia

Isabel Schnabel dari Bank Pusat Eropah memulakannya. Pada bulan Februari, dia memaparkan carta yang menunjukkan berapa banyak euro telah melemah berbanding dolar AS.Dua bulan...

Inflasi Malaysia meningkat ke paras baru 2.8%

Indeks Harga Pengguna Mei 2022 meningkat 2.8 peratus kepada 126.6 berbanding 123.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan kenaikan ini...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 185 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 185.Dapatkan naskah MFM edisi ke 185 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Tarif elektrik kekal,pengapungan harga ayam ditarik balik -PM

Perdana Menteri,DS Ismail Sabri hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa tarif elektrik kekal dan pengapungan harga ayam yang diumumkan KPDNHEP ditarik balik demi kebajikan rakyat...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here