24.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

GRAB KINI TERSENARAI DI NASDAQ

Date:

Share:

Grab mengumumkan mereka telah menembusi bursa saham Nasdaq bermula 2 Disember 2021. Ia selepas berlakunya aktiviti pengambilalihan sebuah shell company pada nilaian USD 40 billion.


Penyenaraian itu lantas menjadikan Grab entiti terbesar daripada Asia Tenggara yang menawarkan saham di bursa itu. Sejurus loceng niaga dibunyikan, saham Grab melonjak 21% sebelum turun 23% menjelang sesi niaga dihentikan. Kaunter Grab pada hari itu ditutup pada USD8.51/saham.

Antara manfaat yang diperoleh Grab melalui aktiviti ini adalah mereka bakal beroleh keupayaan aliran tunai lebih kukuh hasil pemerdagangan saham.

Dalam perancangan Grab, akan ada beberapa penyenaraian akan berlaku dalam masa terdekat. Seawal 2022, mereka melihat pada bursa saham di Jakarta dan selepas itu, mereka berkira-kira untuk menyenaraikan Grab Financial Group pula.

Grab memulakan operasi mereka sebagai MyTeksi di Malaysia dalam tahun 2012. Kemudian, mereka memidahkan pengkalan operasi ke Singapura dan terus berkembang pesat di sana.

Mereka mengambil alih perniagaan Uber di Asia Tenggara dalam bulan September 2018 untuk menjadi penyedia perkhidmatan seru pandu terbesar di wilayah itu. Tak terhenti di situ, APP Grab terus diperkasa dengan pelbagai fungsi lain seperti Grab Food, Grab Market, dan ada juga servis kewangan seperti Grab Wallet.

Pengerusi Asia Pasifik Nasdaq Bob McCooey berkata ini merupakan penyenaraian awam Amerika Syarikat yang terbesar oleh sebuah syarikat Asia Tenggara.
“Saya telah melihat perkembangan Grab menjadi nama yang terunggul dan menjadi superapp nombor satu di Asia Tenggara.
“Setelah meluangkan beberapa hari di Singapura, saya telah mencuba menempah kereta, memesan makanan dan membuat pembayaran melalui GrabPay.

“Saya amat tertarik dengan pengalaman penggunaan aplikasi ini!

“Lebih penting, saya menghormati syarikat seperti Grab yang telah memperkasakan rakyat di serata Asia Tenggara dan saya gembira dapat bertemu dengan rakan pemandu dan rakan peniaga Grab di sini, dan mereka adalah contoh bagaimana teknologi boleh digunakan untuk mengembangkan perniagaan dan peluang memperoleh pendapatan,” katanya.

McCooey berkata pencapaian hari ini adalah bukti kerja keras warga kerja Grab dan pembuka semangat kepada semua untuk berinovasi dan merealisasikan agenda digitalisasi di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengasas Bersama Grab Anthony Tan berkata penting bagi syarikat pengangkutan dan penghantaran untuk tidak melupakan asas pembangunan syarikat ini.

“Malah, nadi dan usaha keras warga kerja Grab untuk menyediakan khidmat kepada rakan niaga kami dan sebagai pulangan, dedikasi mereka dalam memberikan khidmat kepada para pelanggan telah meletakkan Grab pada kedudukannya hari ini.

“Ini merupakan sebab mengapa kami menganjurkan majlis ini di tempat kami. Ia amat bermakna untuk berada di sini bersama-sama komuniti kami dan berkongsi saat ini bersama mereka, meraikan lembaran baharu perjalanan Grab,” katanya pada majlis itu.

Tan dan Pengasas Bersama Grab Tan Hooi Ling berada di pentas bersama wakil rakan-pemandu, penghantar dan komuniti peniaga Grab.

Mereka mewakili barisan hadapan yang telah membawa pelanggan, menyediakan dan menghantar makanan dan barangan penting, terutamanya semasa tempoh kawalan pergerakan yang kritikal bagi mengawal penularan pandemik COVID-19.
Sebagai pengiktirafan usaha kolektif dan sokongan berterusan komuniti Grab sehingga merealisasikan pencapaian penting ini, kira-kira 1,500 warga kerja Grab serta wakil-wakil rakan Grab dari Asia Tenggara telah dipaparkan di Menara Nasdaq, Times Square, New York City, selepas Grab disenaraikan secara rasmi di Nasdaq.

Dari pejabat pertamanya yang berpangkalan di Segambut di sini, penyenaraian Grab di Nasdaq telah menetapkan penanda aras yang tinggi untuk syarikat permulaan di Asia Tenggara.

Grab diasaskan pada 2012 dengan misi untuk memacu Asia Tenggara ke hadapan dengan mewujudkan pemerkasaan ekonomi untuk semua orang dan sejak itu, aplikasi pintar Grab telah dimuat turun ke dalam berjuta-juta peranti mudah alih.
Operasi Grab kini merentasi pelbagai bidang termasuk penghantaran, mobiliti dan perkhidmatan kewangan digital di lebih 400 bandar di lapan negara Asia Tenggara iaitu Kemboja, Indonesia, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Aplikasi pintar Grab membolehkan jutaan orang mendapatkan khidmat rakan pemandu dan rakan peniaganya untuk memesan makanan atau barangan runcit, menghantar pakej, menaiki kereta atau teksi, membayar pembelian dalam talian atau memanfaatkan perkhidmatan seperti pinjaman, insurans, pengurusan kekayaan dan telemedicine, hanya melalui satu aplikasi pintar harian.

 

 

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Ekonomi AS menyusut sebanyak 1.5% dalam tiga bulan pertama 2022

Ekonomi Amerika Syarikat menyusut dalam tiga bulan pertama tahun ini walaupun pengguna dan perniagaan terus berbelanja pada kadar yang kukuh, lapor kerajaan pada Khamis,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 181 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 181.Dapatkan naskah MFM edisi ke 181 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Copytrade CARETAKER di broker TIFIA akhirnya tamat

Copytrade CARETAKER yang telah menjalankan dagangan lebih 961 hari sejak 8/8/2019 dengan jumlah pelaburan melebihi 152,172 USD dari seluruh dunia akhirnya terpaksa ditamatkan ekoran...

Analisa Teknikal EurJpy 27 May 2022

EurJpy di TimeFrame H4.**Line Hitam mewakili SnR Daily****Line biru mewakili SnR H4**• Harga ketika ini secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sila rujuk...

Analisa Teknikal UsdJpy 27 May 2022

UsdJpy di TimeFrame H4.• Harga asal nya dalam kedudukan Uptrend.• Namun begitu, harga mula membuat penurunan, berkemungkinan untuk membuat pertukaran Trend daripada uptrend kepada...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here