29.8 C
Kuala Lumpur
spot_img

HARGA MINYAK MELAMBUNG NAIK SEJURUS SERANGAN RUSIA TERHADAP UKRAINE

Date:

Share:

Harga  minyak dunia melonjak melepasi paras AS$100 (RM419.73) setong untuk kali pertama dalam tempoh tujuh tahun hari ini selepas Presiden Rusia, Vladimir Putin mengumumkan ‘operasi ketenteraan’ ke atas Ukraine.

Harga minyak mentah Brent meningkat kepada AS$100.4 (RM421.41) setong selepas pengumuman tersebut yang mencetuskan  kebimbangan pelabur bahawa konflik berskala besar akan berlaku di rantau Eropah Timur.

Peningkatan mendadak harga minyak itu berlaku selepas Putin membuat pengumuman mengejut di televisyen untuk mengisytiharkan keputusannya.

“Saya membuat keputusan untuk melancarkan operasi ketenteraan,” katanya sejurus sebelum pukul 11 pagi (waktu Malaysia) dan berjanji akan bertindak balas terhadap sesiapa sahaja yang campurtangan dalam operasi Rusia.

Putin juga menggesa anggota tentera Ukraine  meletakkan senjata mereka.

Kenyataan tersebut dibuat selepas Kremlin berkata, pemimpin-pemimpin pemberontak di timur Ukraine telah meminta bantuan ketenteraan Moscow bagi menangani Kiev.

Harga minyak dunia meningkat sejak beberapa minggu lalu dan mengatasi paras AS$100 hari ini buat kali pertama sejak September 2014.

“Ketegangan Rusia/Ukraine menyebabkan permintaan mengejut (untuk Eropah) dan lebih penting lagi, stok bekalan yang lebih besar untuk seluruh dunia berikutan peranan penting kedua-dua Rusia dan Ukraine dalam komoditi tenaga,” kata Eksekutif Bank Nasional Australia, Tapas Strickland. – AFP

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.“Ini agensi yang paling...

SC menambah 12 entiti ke Senarai Makluman Pelabur, empat klon berpotensi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemaskini Senarai Makluman Pelaburnya.Dalam makluman pada hari Isnin (29 Mei), suruhanjaya itu berkata orang/entiti berikut telah ditambahkan ke senarai:Wali...

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

US Dollar struggles to build on last week's gains.US Dollar Index stays on the back foot as risk mood improves on debt-limit deal.Investors await...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here