31.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

HARGA MINYAK MENTAH GLOBAL TERUS MENINGKAT KETIKA MANA AMERIKA SYARIKAT MEMULAKAN PROGRAM VAKSINASI BESAR-BESARAN

Date:

Share:

15th Dec. – Harga minyak mentah global dilaporkan terus meningkat dari hari ke hari sejak kejatuhan ketara pada awal tahun 2020. Semalam, paras harga US Crude Oil didagangkan pada paras sekitar $47.00 per barrel berbanding $46.00 pada minggu lalu.

Peningkatan ini berlaku pada ketika dunia bersedia untuk menerima vaksin Covid-19 yang dilaporkan akan dilakukan oleh beberapa negara dalam masa terdekat. Berita mengenai vaksin ini memberi keyakinan kepada pasaran bahawa aktiviti ekonomi akan pulih sepenuhnya dalam masa terdekat, sekaligus menyebabkan permintaan terhadap minyak mentah turut meningkat.

Semalam, Organization of the Petroleum Exporting Countries (OPEC) melalui satu kenyataan rasmi menurunkan jangkaan permintaan terhadap sumber minyak mentah bagi tahun 2021 atas faktor ketidaktentuan krisis pandemik Covid-19 terhadap aktiviti ekonomi secara keseluruhan. Walaubagaimanapun, jangkaan tersebut tidak melemahkan harga minyak mentah kerana optimism pasaran mengatasi jangkaan yang dibuat oleh OPEC.

Di Amerika Syarikat, program vaksinasi besar-besaran telah bermula semalam. Angka kematian mencecah lebih 300,000 nyawa di sana akibat jangkitan Covid-19. Amerika Syarikat mengguna pakai vaksin yang dihasilkan oleh Pfizer-BionNTech. Selain daripada Amerika Syarikat, Kanaca juga turut meluluskan penggunaan vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech.

https://images.app.goo.gl/1eyZKfbq4LjysgeA7

Sertai webinar ShowFx World terakhir pada tahun 2020 bersama dengan pengasas e-majalah forex mingguan “Majalah Forex Malaysia” – Ahmad Faizuddin!

Terdapat 5 asas penting dalam dagangan Forex iaitu:

A. Ilmu analisa pasaran
1. Analisa fundamental
2. Analisa teknikal
3. Analisa sentimen

B. Ilmu kemahiran dagangan
1. Kemahiran mengawal akaun dagangan
2. Menguasai emosi semasa dagangan

Webinar in amat sesuai dengan mereka yang baru berdagang dan mereka yang mahu mengulangkaji ilmu mereka berkaitan dengan 5 aspek penting dalam dagangan forex.

Setiap peserta berpeluang memenangi bonus dagangan AS $ 1,000, AS $ 2,000 atau telefon pintar berjenama iPhone!

Untuk menyertai webinar secara percuma, anda boleh klik di bawah.

https://www.showfxworld.com/promo/faizuddin.php?x=majfxmy

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Ekonomi AS menyusut sebanyak 1.5% dalam tiga bulan pertama 2022

Ekonomi Amerika Syarikat menyusut dalam tiga bulan pertama tahun ini walaupun pengguna dan perniagaan terus berbelanja pada kadar yang kukuh, lapor kerajaan pada Khamis,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 181 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 181.Dapatkan naskah MFM edisi ke 181 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Copytrade CARETAKER di broker TIFIA akhirnya tamat

Copytrade CARETAKER yang telah menjalankan dagangan lebih 961 hari sejak 8/8/2019 dengan jumlah pelaburan melebihi 152,172 USD dari seluruh dunia akhirnya terpaksa ditamatkan ekoran...

Analisa Teknikal EurJpy 27 May 2022

EurJpy di TimeFrame H4.**Line Hitam mewakili SnR Daily****Line biru mewakili SnR H4**• Harga ketika ini secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sila rujuk...

Analisa Teknikal UsdJpy 27 May 2022

UsdJpy di TimeFrame H4.• Harga asal nya dalam kedudukan Uptrend.• Namun begitu, harga mula membuat penurunan, berkemungkinan untuk membuat pertukaran Trend daripada uptrend kepada...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here