24.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

HOTEL ISTANA KUALA LUMPUR TUTUP OPERASI

Date:

Share:

Pandemik COVID-19 yang sudah setahun lebih melanda negara sekali lagi meragut salah satu mercu tanda negara apabila Hotel Istana Kuala Lumpur terpaksa menghentikan operasinya pada 1 September ini selepas hampir 30 tahun beroperasi.

Pengurus Besarnya, Noorazzudin Omar menerusi kenyataan rasmi berkata, keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan situasi semasa COVID-19 di negara ini.

“Kami tidak mempunyai pilihan lain selain meneruskan penutupan ini. Situasi sekarang semakin parah akibat pandemik COVID-19 yang terus mempengaruhi industri ini dan kemampuan kami untuk beroperasi secara normal.

Hotel Istana Kuala Lumpur terpaksa menghentikan operasinya pada 1 September ini selepas hampir 30 tahun beroperasi.

“Ini telah mempengaruhi perniagaan, harga, pulangan serta penghunian kami walaupun ada usaha terbaik daripada kami. Walaupun sebagai hotel kuarantin, kami mengalami kerugian operasi bulanan,” katanya.

Tambah beliau, persaingan daripada hotel baharu dan pangsapuri perkhidmatan turut memainkan peranan kepada penutupan hotel berkenaan.

Dimiliki oleh salah satu pemilik dan pengendali hotel terbesar, Tradewinds Corp Berhad, hotel bertaraf 5 bintang serta dilengkapi 486 bilik di Jalan Raja Chulan itu telah beroperasi selama lebih kurang tiga dekad.

Selain Hotel Istana Kuala Lumpur, Hotel Mutiara Johor Bahru juga telah menghentikan operasinya dua bulan lalu akibat wabak COVID-19 yang melumpuhkan sektor pelancongan.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Analisa Teknikal GbpAud 16 May 2022

GbpAud di TimeFrame H4.• Secara keseluruhannya harga masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Lihat di TimeFrame Daily ( D1 ).• Namun untuk di TimeFrame H4...

Analisa Teknikal EurAud 16 May 2022

EurAud di TimeFrame H4.• Ketika ini harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Sila rujuk di TimeFrame Daily ( D1 ).• Manakala untuk...

Analisa Teknikal GbpJpy 16 May 2022

GbpJpy di TimeFrame Daily ( D1 )• Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend.• Harga asal nya dalam kedudukan Sideways di mana harga...

UN beri amaran,bekalan gandum & jagung akan kehabisan menjelang 2023

Lebih daripada tiga bulan peperangan Rusia-Ukraine,sekatan eksport yang menghalang produk makanan Ukraine daripada diedarkan ke seluruh dunia, PBB memberi amaran bahawa dunia mungkin berada...

Hutang kerajaan Malaysia meningkat kepada 1 Trillion suku pertama tahun 2022

Kiraan Awal menunjukkan hutang Kerajaan Malaysia meningkat kepada RM1 trillion pada suku pertama 2022, naik 2.7% berbanding RM980 bilion pada tahun 2021Hasil Kerajaan juga...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here