33.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

HYPERINFLASI :Selangor akan mula projek tanam jagung selepas Aidilfitri untuk tanggani kenaikan harga dedak

Date:

Share:

Kerajaan negeri Selangor dijangka memulakan projek penanaman jagung bagi menghasilkan makanan ayam selepas Aidilfitri, dalam usahanya mengatasi masalah kenaikan harga makanan ternakan tersebut.

Exco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Izham Hashim berkata, projek tanaman di bawah Program Intervensi Ehsan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) itu, dijalankan di tanah seluas 121 hektar (300 ekar) di negeri itu manakala 162 hektar (400 ekar) lagi di Negeri Sembilan.

Beliau berkata, langkah tersebut bertujuan mengurangkan kebergantungan terhadap import makanan ayam khususnya jagung, yang ketika ini mencecah bilion ringgit yang disifatkan tidak munasabah.

“Susulan itu, pihak PKPS telah mendapatkan satu syarikat berpengalaman dalam penanaman jagung bagi makanan ayam. Jadi, kita akan lihat bagaimana ia dapat menyumbang kepada kestabilan harga makanan ayam khususnya di Selangor.

“Kami harap perkara ini dapat dilaksanakan dalam masa terdekat agar (isu) harga ayam boleh diselesaikan, bukan setakat distabilkan tetapi diturunkan harganya. Jika berjaya dilaksanakan, Selangor akan menjadi pelopor (kepada penghasilan jagung bagi makanan ayam),” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi Pasar Tani Stadium Seksyen 13 di sini, pada Ahad.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata, dijangka lebih RM3 juta dibelanjakan bagi pelaksanaan projek penyelesaian jangka masa panjang itu dan setakat ini kerja pembersihan tanah di kawasan selatan daerah Kuala Langat sedang giat dijalankan.

“Sekarang dalam perbincangan terakhir untuk kerjasama rentas negeri antara Selangor dan Negeri Sembilan. Insya-ALLAH, selepas raya kita akan mulakan projek penanaman. Tapak lokasi di Negeri Sembilan pula kini sedang dikenal pasti.

“Perincian lanjut berhubung program itu akan diumumkan Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari bersama Yang Berhormat Izham dalam masa terdekat,” katanya. – BERNAMA

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Harga ayam kembali turun di beberapa tempat

Bermulanya tarikh penguatkuasaan harga siling ayam kepada RM9.40 sekilo berbanding harga siling lama RM8.90 sekilo hari ini,1 Julai 2022,peniaga di beberapa negeri dan daerah...

PM Thai harap kebanjiran pelancong dari Malaysia bantu memulihkan kejatuhan matawang Baht

Baht Thailand yang lemah adalah baik untuk eksport manakala kedudukan fiskal dan kewangan kekal kukuh, kata Perdana Menteri Thai.Kelemahan Baht, bagaimanapun, memberi kesan negatif...

Jokowi tiba di Moscow bertemu Putin bagi merayu Rusia memberi laluan eksport gandum yang selamat

Presiden Indonesia Joko Widodo bersama rombongannya tiba di Moscow bagi merayu Vladmir Putin,Presiden Rusia memberi jaminan untuk laluan perdagangan eksport gandum yang selamat dalam...

JPA tubuh jawatankuasa kaji sistem kerja 4 hari seminggu

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menubuhkan pasukan mengkaji sistem bekerja empat hari seminggu di negara ini.Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah, berkata kajian...

Harga siling ayam RM9.40 sekilo mulai 1 Julai-Ronald Kiandee

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here