24.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

INDEKS DOW JONES MEREKODKAN PARAS TERTINGGI SEPANJANG ZAMAN APABILA MELEPASI PARAS 30,000 TERTINGGI DALAM SEJARAH

Date:

Share:

25th Nov. – Indeks pasaran utama Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan mendadak pada hari ini dengan melepasi paras tertinggi sepanjang zaman iaitu pada paras 30,000. Ini merupakan kali pertama indeks US30 itu berada pada paras lebih daripada 30,000.

Lonjakan ini juga turut berlaku kepada indeks pasaran Amerika Syarikat yang lain seperti S&P 500 dan Nasdaq 100 yang turut mencatatkan peningkatan mendadak pada pasaran minggu ini. Beberapa saham utama seperti Tesla dan Nio memainkan peranan penting membantu lonjakan indeks pasaran U.S apabila turut mencipta sejarah melonjak ke paras tertinggi sepanjang zaman.

Dow Jones Industrial Average (DJIA) melonjak sebanyak 1.5% atai 454 mata sementara S&P 500 pula meningkat sebanyak 1.6%. Saham Tesla (TSLA) mencatatkan peningkatan sebanyak 6.4% dan melepasi paras tertinggi sepanjang zaman.

Lonjakan ini berlaku kerana didorong oleh optimism pasaran terhadap penemuan demi penemuan vaksin Covid-19. Penemuan vaksin ini adalah penting bagi memberi harapan kepada pasaran ekonomi akan pulih seperti sedia kala jika pandemik Covid-19 berakhir apabila vaksin ditemui.

Dari sudut geopolitikal di U.S, pengumuman terbaru oleh Presiden U.S Joe Bidden mengenai kemungkinan lantikan terbaharu bagi mengisi kerusi Pengerusi Federal Reserve memberi keyakinan tambahan terhadap perkembangan ekonomi di sana. Janet Yellen, yang merupakan bekas pengerusi FEDS sebelum ini dijangka akan dilantik semula ke kerusi terpenting di FEDS.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Harga siling ayam RM9.40 sekilo mulai 1 Julai-Ronald Kiandee

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40...

Analisa Teknikal GbpJpy 29 Jun 2022

GbpJpy di TimeFrame Daily ( D1 ).• Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend.• Ketika ini harga masih gagal untuk break dan close...

Analisa Teknikal EurJpy 29 Jun 2022

EurJpy di TimeFrame Daily ( D1 ).• Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend.• Ketika ini harga masih gagal untuk break dan close...

Analisa Teknikal UsdCad 29 Jun 2022

UsdCad di TimeFrame Daily ( D1 ).• Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan sideways di mana harga masih gagal untuk break dan close...

Dolar melantun, saham jatuh ekoran kebimbangan inflasi meningkat

Dolar AS melantun semula berbanding kebanyakan pesaingnya apabila kebimbangan inflasi meningkat. Tolok pilihan nilai Greenback berbanding sekumpulan 6 mata wang utama, Indeks Dolar (USD/DXY)...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here