26.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

India haramkan eksport gandum demi jamin keselamatan makanan negaranya.

Date:

Share:

India menghentikan eksport gandum berkuat kuasa serta-merta dalam usaha untuk meningkatkan keselamatan makanannya.

Ketua Pengarah Perdagangan Luar Negara di bawah Kementerian Perdagangan dalam satu pemberitahuan bertarikh 13 Mei memaklumkan ekoran harga global yang tinggi “disebabkan pelbagai faktor,” keselamatan makanan India berdepan risiko.Eksport gandum ke negara lain hanya dibenarkan “atas kelulusan Kerajaan India dan berdasarkan permintaan kerajaan mereka.”

Larangan eksport itu memandangkan konflik Rusia-Ukraine telah mengganggu bekalan gandum global dan komoditi utama lain.Keadaan itu bertentangan dengan hasrat India untuk meningkatkan eksport gandum tahun ini dengan memanfaatkan situasi bekalan dunia.

Pada Khamis, Kementerian Perdagangan India dalam satu kenyataan menyatakan kerajaan akan menghantar delegasi perdagangan ke Maghribi, Tunisia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Turki, Algeria dan Lubnan untuk meneroka kemungkinan meningkatkan eksport gandum dari India.India mengeksport tujuh juta tan metrik gandum bernilai kira-kira AS$2 bilion pada tahun kewangan 2021-22 dan separuh daripadanya dibeli oleh Bangladesh.

Laporan media baru-baru ini menyatakan pengeluaran gandum India tahun ini terjejas akibat gelombang haba.Negara itu juga berdepan peningkatan inflasi makanan berikutan harga komoditi global yang lebih tinggi.– BERNAMA

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

PM Belanda,Mark Rutte seru warga barat terima hakikat akan jatuh miskin akibat hyperinflasi

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte pada hari Rabu berkata terdapat "had untuk apa yang kerajaan boleh lakukan" untuk membantu orang ramai di tengah-tengah keadaan...

Bekalan ayam di Singapura mula terjejas selepas keputusan larangan eksport ayam dikuatkuasakan di Malaysia

Menurut agensi berita Singapura,MEDIACORP sesetengah gerai dan premis perniagaan beraskan ayam mungkin 'tutup kedai buat sementara waktu' ekoran larangan eksport ayam oleh Malaysia.Harga ayam...

Genting Malaysia rugi RM126.53 juta suku pertama tahun ini

Kerugian bersih Genting Malaysia Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berkurangan kepada RM126.53 juta berbanding RM483.59 juta setahun lalu.Pendapatan diraih melonjak hampir...

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here