24.4 C
Kuala Lumpur
spot_img

Indonesia mangsa seterusnya perangkap hutang China selepas Sri Lanka

Date:

Share:

Penganalisis ekonomi Bhima Yudhistira menilai kegagalan negara Sri Lanka membayar hutang kepada China harus menjadi pengajaran bagi negara lain, termasuk Indonesia.

Isu istilah perangkap hutang (debt trap) China kembali menjadi bualan ramai setelah Sri Lanka mengalami krisis ekonomi terburuk dalam sejarahnya. Negara berpenduduk 22 juta orang itu dikatakan tidak mampu membayar hutang luar negaranya, bahkan ratio hutang Sri Lanka naik mendadak dari 42% di 2019 menjadi 104% di 2021.

Menurut Bhima, salah satu penyebabnya karana beban pengeluaran sepanjang pandemik Covid19, hutang infrastruktur dan kegagalan mengatasi kenaikan harga barang atau inflasi. Direktur Center of Economic and Law Studies (CELIOS) itu mengatakan kebergantungan akut Sri Lanka pada hutang tersebut bermula pada pengrmbangan projek infrastruktur yang tidak masuk akal secara ekonomi. Misalnya, Pelabuhan Hambantota dengan kerjasama hutang dari China dijangkakan menjadi hub pelabuhan internasional yang bakal memuatkan kapal kapal kargo besar.

“Projek tersebut termasuk dalam OBOR (One Belt One Road) tahun 2017-2019. Faktanya, projek pelabuhan Hambantota tidak sesuai dengan perancangan itu,” ujar Bhima. Selain itu, kerajaan Sri Lanka kesulitan membayar pokok dan bunga hutang projek-projek mega dan akhirnya membuatkan China menguasai konsesi pelabuhan Sri Lanka hingga puluhan tahun.

Setakat Februari 2022, Hutang Luar Negara Indonesia kepada China adalah sebanyak USD 20.78 juta,naik 0.76% dari bulan sebelumnya (month-on-month/mtm).


Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Harga siling ayam RM9.40 sekilo mulai 1 Julai-Ronald Kiandee

Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini mengambil keputusan untuk tidak mengapungkan harga ayam sebaliknya meneruskan subsidi dan menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM9.40...

Analisa Teknikal GbpJpy 29 Jun 2022

GbpJpy di TimeFrame Daily ( D1 ).• Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend.• Ketika ini harga masih gagal untuk break dan close...

Analisa Teknikal EurJpy 29 Jun 2022

EurJpy di TimeFrame Daily ( D1 ).• Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend.• Ketika ini harga masih gagal untuk break dan close...

Analisa Teknikal UsdCad 29 Jun 2022

UsdCad di TimeFrame Daily ( D1 ).• Harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan sideways di mana harga masih gagal untuk break dan close...

Dolar melantun, saham jatuh ekoran kebimbangan inflasi meningkat

Dolar AS melantun semula berbanding kebanyakan pesaingnya apabila kebimbangan inflasi meningkat. Tolok pilihan nilai Greenback berbanding sekumpulan 6 mata wang utama, Indeks Dolar (USD/DXY)...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here