25.9 C
Kuala Lumpur
spot_img

Kegawatan ekonomi mendorong semakin banyak projek perumahan terbengkalai

Date:

Share:

Mengikut data yang dibentangkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merekodkan sebanyak 79 projek perumahan swasta dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM5.57 bilion terbengkalai di Semenanjung setakat 30 September tahun 2021.Projek terbengkalai ini dikawal selia mengikut Akta Pemajuan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 [Akta 118] itu melibatkan 17,724 unit rumah dengan 11,824 pembeli.

Kategori perumahan yang terbengkalai itu membabitkan sebanyak 38 projek iaitu 11,511 unit rumah yang melibatkan 6,319 pembeli dan sedang dalam peringkat perancangan bagi mengenalpasti kaedah dan mekanisme memulihkan projek tersebut melalui penyelesaian yang dipersetujui bersama oleh pemaju penyelamat dan pembeli.

Sebanyak 26 projek iaitu 3,383 rumah yang melibatkan 2,806 pembeli dalam peringkat statik yang mana sedang dalam penyelesaian isu perundangan.Selain itu, sebanyak 15 projek iaitu 2,830 rumah yang melibatkan 2,699 pembeli dalam peringkat sedang dipulihkan seperti yang dibentangkan oleh menteri berkenaan pada sidang parlimen ketika itu.

Berdasarkan statistik projek perumahan swasta yang terbengkalai, Selangor merekodkan jumlah tertinggi iaitu 33, diikuti Kelantan dan Johor.Sejak tahun 2009 hingga September 2021, KPKT berjaya menyelesaikan projek perumahan swasta terbengkalai sebanyak 215 projek, 59,090 unit rumah yang melibatkan seramai 39,247 orang pembeli.

Punca projek perumahan terbengkalai juga diklasifikasikan kepada beberapa kategori termasuk masalah kewangan, tidak memenuhi syarat pembangunan ditetapkan oleh pihak berkuasa negeri dan juga tidak dapat mengesan pemaju asal.

Situasi kemelesetan ekonomi dunia ketika ini bakal memberikan kesan terhadap industri hartanah,serta dijangka lebih banyak pemaju akan berdepan kesukaran untuk meneruskan projek perumahan mereka ekoran ketidak tentuan ekonomi,kenaikan harga barangan dan bahan pembinaan dan lain-lain.Adalah dijangkakan lebih banyak projek perumahan akan terbengkalai menjelang tahun 2025 sebelum ekonomi diramalkan kembali pulih.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

NATO isytihar China sebagai ancaman keselamatan kepada penduduk dunia

NATO telah menyenaraikan China sebagai salah satu keutamaan strategiknya buat kali pertama, dengan mengatakan cita-cita Beijing dan "dasar paksaan" mencabar "kepentingan, keselamatan dan nilai"...

Pengguna diingatkan bersedia harga minyak masak dijangka terus naik berkali ganda sehingga 40 peratus

Mulai hari ini harga minyak berbotol sudah naik berganda-ganda bahkan pasaran tempatan menjangkakan sepanjang Julai ini harga minyak masak akan naik lagi sehingga 40...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 186 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 186.Dapatkan naskah MFM edisi ke 186 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Harga ayam kembali turun di beberapa tempat

Bermulanya tarikh penguatkuasaan harga siling ayam kepada RM9.40 sekilo berbanding harga siling lama RM8.90 sekilo hari ini,1 Julai 2022,peniaga di beberapa negeri dan daerah...

PM Thai harap kebanjiran pelancong dari Malaysia bantu memulihkan kejatuhan matawang Baht

Baht Thailand yang lemah adalah baik untuk eksport manakala kedudukan fiskal dan kewangan kekal kukuh, kata Perdana Menteri Thai.Kelemahan Baht, bagaimanapun, memberi kesan negatif...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here