32.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

Kenapa Emas Penting

Date:

Share:

Sejak kita dilahirkan didunia ini, kita tidak lagi melihat emas ini penting sebagai sistem kewangan di dunia yang sekarang.  Apa yang kita tahu ialah sistem kewangan hari ini menggunakan wang kertas ‘Fiat Money’. Pada Hari ini, wang kertas adalah satu bentuk wang yang sangat penting untuk digunakan oleh orang ramai di seluruh dunia.

Sebenarnya, emas dan perak ini adalah sebagai alat tukar perdagangan atau dikenali sebagai sistem kewangan ini dikenali pada ribuan tahun yang dahulu.  Dalam dunia Islam wang emas dan perak juga dikenali sebagai dinar dan dirham yang telah digunakan sejak awal Islam. Ini bertujuan untuk melakukan kegiatan muamalah ataupun ibadah seperti zakat.

Kali terakhir penggunaan emas dan perak ini iaitu  Dinar dan Dirham, sebagai mata wang yang sanagt penting ialah berakhirnya empayer Khalifah Uthmaniah pada tahun 1924 di Turkey.

Sejarah dunia juga telah membuktikan bahawa emas dan perak itu adalah mata wang yang sebenar dan bila anda sudah benar2 faham tentang fungsi emas dan perak, anda juga akan dapat rasakan bahawa sangatlah penting untuk tukarkan wang kertas kepada mata wang yang sebenar.

CXM Direct

SEBAB-SEBAB EMAS PENTING

1. Harga Emas Tidak Berubah

harga emas tetap sama sehingga ke hari ini. Emas mempunyai nilai yang tinggi pada setiap tahun hanya berubah mengikut ekonomi dunia sahaja. Tetapi walaubagaimana sekali pon, harganya tetap pada harga yang tinggi. Sebagai contoh, Pada 10 tahun yang lepas, wang kertas rm 1, ia  masih boleh membeli sebungkus nasi lemak, secawan teh tarik, atau 3 biji kuih. Tapi bila kita lihat pada hari ini, apa yang boleh kita beli dengan wang kertas  RM1?

2. Aset Yang Mampu Dimiliki

Emas ini adalah merupakan aset fizikal yang mempunyai harga yang sangat berpatutan untuk kita simpan di masa yang akan datang. Ini kerana harga emas sangatlah tinggu jika kita menyimpan di masa yang akan datang.

Tidak seperti asset emas, kita dapat membelinya dengan berat serendah 1 gram dan ada juga emas yang serendah 0.5 gram juga boleh dibeli. Jadi, tidak kiralah berapa banyak pun wang yang kita miliki, anda boleh memiliki emas dengan harga yang mampu milik. Ia merupakan salah satu aset yang mampu dimiliki oleh semua orang  dan juga asset yang lebih bernilai untuk disimpan berbanding wang.

3. Emas Laku Di Seluruh Dunia

Apabila kita sudah menyimpan emas, kita dapat menjualnya kembali kerana emas tersebut laku di seluruh dunia. Emas juga laku untuk dijual atau digunakan tidak kira di mana saja kita berada. Sekiranya emas tersebut dibawa ke Amerika Syarikat, Eropah, dan Australia sekalipun ianya tetap bernilai dan boleh dijual di Negara tersebut.

4. Dapat Melindungi Dari Inflasi

Bukan sahaja melindungi ekonomi negara, tetapi emas juga dapat melindungi ekonomi anda sekeluarga. Ia mampu untuk bersaing dengan kadar inflasi dan emas juga berupaya untuk melindungi kejatuhan nilai matawang di dunia kita.

5. Emas Dapat Mengekalkan Kuasa Beli

Sekiranya emas tidak turun harganya, negara yang menggunakan emas untuk urusan jual beli pasti tidak melalui masa-masa yang sukar dalam ekonomi. Ekonomi juga akan semakin kukuh serta rakyat dapat mengekalkan kuasa jual beli.

6. Emas Mudah Dicairkan

Sekiranya anda berdepan dengan kecemasan dan ingin mendapatkan wang dengan segera, emas amat mudah dicairkan. Bila-bila masa pun ia boleh ditukar kepada duit. Dan anda juga akan mendapat lumayan yang sangat tinggi.

7. Tidak Boleh Dimanipulasi

Emas tidak boleh sesekali dimanipulasikan. Nilainya bukan sesuatu yang boleh ditukar sesuka hati. Ia melibatkan nilai emas sedunia. Reputasi nilainya sangat hebat dan menguntungkan.

EMAS TIDAK BOLEH DI MANIPULASI

Emas dapat menyelamatkan kedudukan kewangan dan nilai duit kita pada masa akan datang. Beli dan simpanlah emas bermula dari sekarang. Untuk menjaminkan masa depan yang akan datang.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Ekonomi AS menyusut sebanyak 1.5% dalam tiga bulan pertama 2022

Ekonomi Amerika Syarikat menyusut dalam tiga bulan pertama tahun ini walaupun pengguna dan perniagaan terus berbelanja pada kadar yang kukuh, lapor kerajaan pada Khamis,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 181 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 181.Dapatkan naskah MFM edisi ke 181 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Copytrade CARETAKER di broker TIFIA akhirnya tamat

Copytrade CARETAKER yang telah menjalankan dagangan lebih 961 hari sejak 8/8/2019 dengan jumlah pelaburan melebihi 152,172 USD dari seluruh dunia akhirnya terpaksa ditamatkan ekoran...

Analisa Teknikal EurJpy 27 May 2022

EurJpy di TimeFrame H4.**Line Hitam mewakili SnR Daily****Line biru mewakili SnR H4**• Harga ketika ini secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sila rujuk...

Analisa Teknikal UsdJpy 27 May 2022

UsdJpy di TimeFrame H4.• Harga asal nya dalam kedudukan Uptrend.• Namun begitu, harga mula membuat penurunan, berkemungkinan untuk membuat pertukaran Trend daripada uptrend kepada...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here