24.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

KONGRES AMERIKA SYARIKAT SEBULAT SUARA AKAN MENYOKONG PAKEJ BANTUAN COVID-19 BERJUMLAH $900 BILLION DOLLAR

Date:

Share:

21st Dec. – Setelah beberapa minggu rundingan demi rundingan di adakan, akhirnya kedua-dua belah pihak, Demokratik dan Republikan bersetuju untuk sama-sama menyokong pakej bantuan Covid-19 yang dianggarkan berjumlah $900 Billion dollar ke dalam pasaran.

Pakej ransangan ekonomi ini adalah sangat penting memandangkan keadaan pandemik Covid-19 di Amerika Syarikat masih kritikal di mana pada ketika ini lebih 100,000 jangkitan baharu dicatatkan setiap hari dengan jumlah kematian mencecah lebih 300,000 kes setakat ini dan merupakan angka tertinggi secara keseluruhan.

Pakej ransangan ini adalah yang kedua paling besar dalam sejarah ekonomi Amerika Syarikat, selepas suntikan sebanyak $2.3 trillion Dollar pada bulan Mac yang lalu. Pakej ini juga perlu ditandatangani oleh Presiden Donald Trump.

Presiden baharu yang bakal mengetuai pentadbiran White House, Joe Biden, bakal menghadapi cabaran besar di mana beliau naik ke kerusi terpenting di Amerika Syarikat itu pada ketika pandemik Covid-19 semakin membimbangkan. Walaubagaimanapun, kemunculan vaksin sedikit memberi sinar baharu kepada pemulihan krisis ini.

Amerika Syarikat telah memulakan program vaksinasi kebangsaan mereka sejak minggu lalu. Vaksinasi yang dihasilkan oleh syarikat Pfizer dan BioNTech menjadi pilihan utama kerajaan Amerika Syarikat, selain juga turut dilaporkan Food and Drug Administration (FDA) telah meluluskan penggunaan vaksin daripada syarikat Moderna minggu ini.

Berkemungkinan berita ini akan memberi sedikit pengukuhan kepada nilai US Dollar.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Analisa Teknikal GbpAud 16 May 2022

GbpAud di TimeFrame H4.• Secara keseluruhannya harga masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Lihat di TimeFrame Daily ( D1 ).• Namun untuk di TimeFrame H4...

Analisa Teknikal EurAud 16 May 2022

EurAud di TimeFrame H4.• Ketika ini harga secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Downtrend. Sila rujuk di TimeFrame Daily ( D1 ).• Manakala untuk...

Analisa Teknikal GbpJpy 16 May 2022

GbpJpy di TimeFrame Daily ( D1 )• Harga ketika ini masih lagi dalam kedudukan Uptrend.• Harga asal nya dalam kedudukan Sideways di mana harga...

UN beri amaran,bekalan gandum & jagung akan kehabisan menjelang 2023

Lebih daripada tiga bulan peperangan Rusia-Ukraine,sekatan eksport yang menghalang produk makanan Ukraine daripada diedarkan ke seluruh dunia, PBB memberi amaran bahawa dunia mungkin berada...

Hutang kerajaan Malaysia meningkat kepada 1 Trillion suku pertama tahun 2022

Kiraan Awal menunjukkan hutang Kerajaan Malaysia meningkat kepada RM1 trillion pada suku pertama 2022, naik 2.7% berbanding RM980 bilion pada tahun 2021Hasil Kerajaan juga...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here