27.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

Kualiti jalanraya di Malaysia antara yang terbaik di dunia

Date:

Share:

Berdasarkan data yang dikeluarkan pada Oktober 2021, sebanyak 63,900 jalan berlubang telah ditampal oleh pihak konsesi di jalan-jalan persekutuan seluruh semenanjung. Tahniah!

Tetapi, teruk sangatkah kualiti jalan raya di Malaysia?.

Sebenarnya,jalanraya di Malaysia berada pada no 21 terbaik daripada 141 negara di dunia mengikut data daripada The Global Economy.

Namun begitu,terus terang, sesetengah jalan raya di Malaysia masih berada dalam keadaan yang teruk dan membimbangkan meskipun negara ini mempunyai bangunan antara yang tertinggi di dunia. Perlu diingat, jalan berlubang dan tidak rata bukan sahaja boleh merosakkan komponen kenderaan, malah dia juga boleh mendatangkan kemalangan, kecederaan serta kematian kepada pengguna, terutama pengguna motosikal.

Setiap tahun ada sahaja kemalangan yang disebabkan oleh keadaan jalan sendiri. Bila dah tular akibat kemalangan, barulah laju jalan berlubang tersebut dibaiki. Berapa banyak lagi nyawa yang harus dibayar sebelum masalah ini diselesaikan oleh pihak berwajib?

Malah, wujud juga karakter-karakter seperti ‘Lando’ yang lebih pantas dalam menampal lubang-lubang berbahaya di jalan raya berbanding pihak berkuasa sendiri. Untuk pengetahuan anda, jalan yang berlubang perlu ditampal dengan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku kepada pengguna jalan raya lain. Selain itu, air yang bertakung di lubang juga boleh meresap masuk ke dalam jalan dan melemahkan asas jalan tersebut.

Sampai bila nak biarkan kualiti jalan raya Malaysia terus berada di takuk lama? Hanya mereka yang pernah merasa sendiri seksaan jalan berlubang sahaja yang tahu keburukannya kepada kenderaan dan diri sendiri. Tapi nak salahkan siapa? Siapa yang perlu bertanggungjawab dalam hal berkaitan jalan berlubang di Malaysia?

Di Malaysia, jalan persekutuan diterajui oleh JKR Malaysia manakala jalan negeri, jalan bandar dan jalan kampung berada di bawah seliaan kerajaan negeri. Persoalannya, teruk sangatkah kualiti jalan raya di Malaysia ini sehingga hampir 64,000 lubang terpaksa ditampal pada tahun lalu? Itu baru jumlah yang berjaya ditampal, agak-agak berapa banyak jumlah sebenar lubang yang wujud di jalan raya di Malaysia?

Nak menuding jari memanglah mudah namun sebagai pembayar cukai dan pengguna jalan raya, kita berhak bersuara bagi menuntut kualiti jalan yang lebih baik untuk persekitaran jalan raya yang lebih selamat, betul tak? Nak takut apa, cukai kita bayar!

Berdasarkan hampir 64,000 turapan jalan yang berlubang, berapa banyak agaknya jalan yang betul-betul diturap mengikut piawaian? Tahukah anda bahawa jalan yang tidak diturap dengan sempurna  di seluruh negara telah menyebabkan sekurang-kurangnya 5 kes kemalangan jalan raya berlaku setiap hari?

Agaknya, apa yang membuatkan kualiti jalan di negara ini teruk? Adakah kerana kerja-kerja menurap jalan menggunakan hotmix dibuat ketika cuaca hujan? Bagi yang tidak tahu, proses penurapan jalan menggunakan hotmix tidak boleh dilakukan ketika hujan kerana aspal (premix) mudah menyerap air sebelum pemadatan lalu meninggalkan ruang udara pada hamparan premix selepas air mengering.

Bagaimana pula dengan kualiti bahan yang digunakan untuk membina jalan itu sendiri? Adakah ia menyamai standard jalan raya di negara maju yang lain? Mana taknya, banyak jalan yang baru dibina kelihatan mudah mendap dan terkesan setelah digunapakai untuk beberapa bulan. Di manakah silapnya?

Banyak betul persoalan yang timbul. Namun hanyak pihak kerajaan persekutuan dan negeri sahaja yang mempunyai jawapannya. Diharapkan kerajaan dapat membangunkan kaedah pencegahan masalah jalan berlubang, jalan mendap dan jalan rosak yang lebih baik dan pantas bagi memastikan jalan raya di Malaysia kekal selamat untuk digunakan.

Ketika ini, tidak susah pun untuk mengesan jalan berlubang di Malaysia ini. Tidak kisahlah jalan bandar atau jalan kampung sekalipun, pasti akan jumpa. Diharapkan kerja-kerja pembaikan jalan serta pembinaan jalan di masa hadapan dapat ditingkatkan bagi menaikkan taraf kualiti jalan di negara ini setinggi bangunan Merdeka 118.

MUHAMMAD SHARIL TARMIZEE

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

NATO isytihar China sebagai ancaman keselamatan kepada penduduk dunia

NATO telah menyenaraikan China sebagai salah satu keutamaan strategiknya buat kali pertama, dengan mengatakan cita-cita Beijing dan "dasar paksaan" mencabar "kepentingan, keselamatan dan nilai"...

Pengguna diingatkan bersedia harga minyak masak dijangka terus naik berkali ganda sehingga 40 peratus

Mulai hari ini harga minyak berbotol sudah naik berganda-ganda bahkan pasaran tempatan menjangkakan sepanjang Julai ini harga minyak masak akan naik lagi sehingga 40...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 186 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 186.Dapatkan naskah MFM edisi ke 186 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Harga ayam kembali turun di beberapa tempat

Bermulanya tarikh penguatkuasaan harga siling ayam kepada RM9.40 sekilo berbanding harga siling lama RM8.90 sekilo hari ini,1 Julai 2022,peniaga di beberapa negeri dan daerah...

PM Thai harap kebanjiran pelancong dari Malaysia bantu memulihkan kejatuhan matawang Baht

Baht Thailand yang lemah adalah baik untuk eksport manakala kedudukan fiskal dan kewangan kekal kukuh, kata Perdana Menteri Thai.Kelemahan Baht, bagaimanapun, memberi kesan negatif...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here