22.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

LAPORAN TERKINI EKONOMI AUSTRALIA DAN KESAN TERHADAP MATAWANG AUSTRALIAN DOLLAR

Date:

Share:

Pengukuhan Australian Dollar sejak tahun lalu masih berterusan sehingga ke tahun ini. Jika tahun lalu, sekitar Mac 2020, Australian Dollar didagangkan pada paras 0.5500 berbanding US Dollar, kini paras harga telah pun meningkat sehingga ke paras 0.7800 – 0.7500.

Peningkatan ini berlaku atas faktor ekonomi Australia yang menerima impak pertumbuhan ekonomi China sejak tahun lalu. China, satu-satunya negara yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif pada tahun lalu, walaupun berdepan dengan pandemik Covid-19. Sumber alam seperti bijih besi diborong dengan banyak oleh China sekaligus menaikkan ekonomi negara Australia.

Keadaan tersebut memberi kesan positif kepada pengukuhan kembali matawang Australia selain menarik minat pelabur untuk membeli matawang AUD yang berada pada paras yang boleh dikatakan agak murah pada tahun lalu.

Minggu ini, Reserve Bank of Australia (RBA) selesai buat pertama kali bermesyuarat dan mengumumkan kedudukan semasa ekonomi negara Oceania itu serta menetapkan kadar faedah semasa terkini. RBA kekal dengan kadar faedah sedia ada iaitu pada paras 0.1%, kadar terendah sepanjang zaman yang ditetapkan sejak tahun lalu.

Berdasarkan kenyataan oleh RBA, ekonomi Australia perlu dipulihkan lagi pada ketika pandemic Covid-19 masih berterusan, menyebabkan banyak sector ekonomi lain masih terjejas seperti pelancongan, peruncitan, pendidikan dan lain-lain. RBA menjangkakan sebarang perubahan perlu dilihat dalam jangka masa setengah tahun sejajar dengan jangkaan pemulihan ekonomi yang disasarkan pada tahun ini iaitu sekitar 3.5% menjelang pertengahan tahun 2021.

PAIR AUD/USD

Jika dilihat pada corak pergerakan teknikal pair AUD/USD, major trend masih memihak kepada bullish trend. Masih belum muncul confirmation perubahan trend secara jelas, walaupun kejatuhan sekitar 200 pips telah bermula sejak beberapa minggu ini.

Harga berkemungkinan akan bergerak ke paras 0.8000, menjelang akhir suku tahun pertama 2021, sebelum kembali membuat pembetulan harga dan turun ke paras sekitar 0.7000. Kejatuhan mendadak perlu disokong oleh pengukuhan signifikan matawang US Dollar.

Buat masa sekarang, US Dollar masih lemah dan masih belum menunjukkan pemulihan ekonomi yang ketara, juga tidak dibantu oleh polisi kewangan yang lebih positif oleh Federal Reserve.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...

Mahkamah dedahkan Do Kwon bubarkan Terraform Lab Korea beberapa hari sebelum kejatuhan Terra LUNA UST

Rekod rasmi menunjukkan Do Kwon membubarkan Terraform Labs Korea, menutup ibu pejabat dan cawangan tunggalnya hanya beberapa hari sebelum kejatuhan terra crypto (LUNA) dan...

Seluruh dunia bakal berdepan dengan kebuluran & peningkatan kadar kemiskinan secara drastik – PBB

KETUA Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 180 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 180.Dapatkan naskah MFM edisi ke 180 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here