29.8 C
Kuala Lumpur
spot_img

Lima konsortium berjaya perolehi lesen bank digital Malaysia

Date:

Share:

Lima konsortium iaitu Boost Holdings Bhd-RHB Bank Bhd, GXS Bank Pte Ltd-Kuok Brothers Sdn Bhd, Sea Ltd-YTL Digital Capital Sdn Bhd, AEON Financial Service Co Ltd-AEON Credit Service (M) Bhd-MoneyLion Inc dan KAF Investment Bank Sdn Bhd berjaya mendapatkan lesen bank digital Malaysia.

Dalam kenyataan hari ini, Bank Negara Malaysia (BNM) berkata Boost-RHB Bank, GXS Bank-Kuok Brothers dan Sea Ltd-YTL Digital Capital dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (APK).

Manakala konsortium AEON Financial Service-AEON Credit-MoneyLion dan KAF Investment Bank dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI).

Menurut bank pusat, tiga daripada lima konsortium itu dimiliki secara majoriti oleh warga Malaysia iaitu Boost Holdings dan RHB Bank, Sea Ltd dan YTL Digital Capital serta KAF Investment Bank.

BNM berkata pemohon yang berjaya akan melalui tempoh persediaan dari segi operasi yang akan disahkan oleh BNM melalui audit sebelum pemohon boleh memulakan operasi. Proses ini mungkin mengambil masa antara 12 dan 24 bulan.

Gabenor Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata bank digital dijangka dapat meningkatkan lagi rangkuman kewangan.

Katanya melalui penerapan teknologi digital secara lebih meluas untuk transaksi harian, pihaknya dapat memberikan lebih banyak peluang kepada masyarakat untuk mengambil bahagian dalam kegiatan ekonomi dengan mengatasi halangan geografi, mengurangkan kos transaksi dan menggalakkan pengurusan kewangan yang lebih baik.

“Bank digital boleh membantu individu dan perniagaan mendapatkan akses yang lebih baik kepada penyelesaian yang lebih khusus berteraskan analisis data.

“Apabila perniagaan dilakukan secara dalam talian, perbankan digital turut menyediakan cara membuat transaksi yang lebih selamat dan mudah,” katanya.

BNM berkata sejumlah 29 pemohonan yang diterima untuk lesen perbankan digital telah dinilai secara menyeluruh mengikut seksyen 10 (1) APK dan APKI yang menghendaki BNM mengambil kira semua faktor dalam Jadual 5 Akta-akta tersebut dan keperluan dasar lain yang berkaitan.

Kriteria penilaian merangkumi kewibawaan dan integriti pemohon, bentuk dan kecukupan sumber kewangan, kekukuhan dan kebolehlaksanaan pelan perniagaan dan teknologi serta keupayaan untuk menangani jurang rangkuman kewangan secara berkesan.

Menurut bank pusat, permohonan dinilai mengikut merit pemohon serta perbandingan yang dibuat dengan permohonan lain berdasarkan penilaian yang konsisten bagi setiap kriteria penilaian.

Semakan mendatar dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang digunakan terhadap semua pemohon bagi menentukan kekukuhan relatif setiap permohonan dan mengenal pasti pemohon yang berjaya.

BNM berkata penilaian yang dilaksanakan melalui empat tahap yang disokong oleh satu pasukan teknikal bersilang fungsi, satu pasukan yang menyemak permohonan dan pemerhati bebas dalaman daripada jabatan risiko dan jabatan undang-undang BNM.

Syor muktamad kepada Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz telah dibincangkan dan disahkan terlebih dahulu oleh Jawatankuasa Pengurusan BNM.

– Bernama

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.“Ini agensi yang paling...

SC menambah 12 entiti ke Senarai Makluman Pelabur, empat klon berpotensi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemaskini Senarai Makluman Pelaburnya.Dalam makluman pada hari Isnin (29 Mei), suruhanjaya itu berkata orang/entiti berikut telah ditambahkan ke senarai:Wali...

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

US Dollar struggles to build on last week's gains.US Dollar Index stays on the back foot as risk mood improves on debt-limit deal.Investors await...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here