26.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

LUNA COIN JATUH MENDADAK 99%. SERAMAI 22 PELABUR BUNUH DIRI

Date:

Share:

Sebut mengenai kriptowang, pasti ramai yang cukup tahu di mana matawang digital ini dilihat sebagai teknologi masa hadapan di samping menjadi pilihan pelabur dalam meraih keuntungan berganda.

Dalam pada itu, langit tidak selalunya cerah apabila keadaan ekonomi dunia mengalami penurunan mendadak atas beberapa faktor yang membuatkan sejumlah besar saham dan kriptowang mengalami kejatuhan nilai yang mendadak.

Di samping penurunan nilai, kriptowang LUNA antara yang menjadi buah mulut orang ramai pada kali ini apabila nilainya sekitar $119.18 (~RM524.14) sekitar bulan lalu kita jatuh sehingga $0.0006 (RM0.026) setakat artikel ditulis.

Kejatuhan nilai kriptowang LUNA yang turut menjadi pilihan sejumlah besar pelabur selepas berada dalam 10 kriptowang popular sebelum ini telah membuatkan ramai pelabur mengalami stres selepas didakwa kehilangan 98% daripada wang simpanan dan juga rumah.

“I lost over $450,000, I cannot pay the bank. I will lose my home soon. I’ll become homeless. Suicide is the only way out for me.”

As $LUNA goes to zero, regular people who were sold the lie that crypto would make them rich are losing everything. https://t.co/SCqyvb6fYk

— Tech Won’t Save Us (@techwontsaveus) May 12, 2022

Lebih tragis, dilaporkan sehingga kini terdapat 22 pelabur LUNA yang sudah memilih jalan untuk bunuh diri gara-gara tidak dapat menanggung kehidupan berikutan kehilangan wang simpanan dan juga pelaburan. Tidak kurang juga yang mahukan Do Kwon selaku pengasas kepada kriptowang LUNA untuk bertanggung jawab atas apa yang berlaku.

Reports of 22 People Committing suicide over Luna failure. 10s of DM which tell a horrific story.

A perfect Ponzi was designed in the name of a stable Coin to lure the retail.

A blot on crypto that can’t be undone. I hope Do Kwon is prosecuted and pays for it.

— Emperor???? (@EmperorBTC) May 12, 2022

Menerusi insiden yang berlaku, diharapkan agar orang ramai dapat mengambil iktibar untuk cuma melabur dengan jumlah yang sanggup rugi. Selain itu, para pelabur juga perlu lebih berhati-hati dalam memilih instrumen pelaburan atau kriptowang yang mahu dilabur agar situasi yang sama dapat dielakkan.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.“Ini agensi yang paling...

SC menambah 12 entiti ke Senarai Makluman Pelabur, empat klon berpotensi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemaskini Senarai Makluman Pelaburnya.Dalam makluman pada hari Isnin (29 Mei), suruhanjaya itu berkata orang/entiti berikut telah ditambahkan ke senarai:Wali...

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

US Dollar struggles to build on last week's gains.US Dollar Index stays on the back foot as risk mood improves on debt-limit deal.Investors await...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here