26.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

Malaysia kaji sistem pesanan kewangan Rusia -Duta

Date:

Share:

INSTITUSI kewangan Malaysia sedang mengkaji sistem pemesejan kewangan Rusia dengan terperinci dan bersedia menyertai jika memenuhi beberapa kriteria, kata Duta  Malaysia ke Moscow Bala Chandran Tharman.

Beliau berkata selain Malaysia, setiap negara rakan kongsi lain yang menjalankan perniagaan dengan Rusia juga sedang mempertimbangan perkara yang sama. 

“Semua sedang meneroka peluang untuk meneruskan perniagaan dengan lebih besar,” kata Chandran sambil menyatakan keyakinan bahawa jika sistem itu dapat membantu memberi penyelesaian komersial yang baik, institusi asing pasti akan menyertainya.

Bala Chandran berkata pada masa yang sama, sektor swasta Rusia semakin berminat dalam industri Malaysia.

“Bidang utama minat mereka ialah penjagaan kesihatan dan peralatan perubatan, khususnya pergigian, serta eksport pertanian, khususnya minyak sawit.

“Syarikat Malaysia lebih kerap dijemput ke Rusia untuk membentangkan produk mereka, dan mereka kini sedang mencari peluang dalam pasaran Rusia,” tambah duta itu.

Memandangkan Malaysia kini sedang mempromosi gentian berkualiti tinggi baharu, kenaf, Malaysia boleh menyumbang dengan ketara kepada import pertanian Rusia dan menyokong sektor pembuatan dan ekonomi Rusia dengan membekalkan bahan itu. 

“Pembekalan kenaf sedang dibincangkan oleh suruhanjaya kerjasama ekonomi dua hala serta di peringkat kerajaan,” katanya sambil menyatakan kenaf digunakan secara meluas dalam industri perkapalan untuk pembungkusan.

Satu mesyuarat suruhanjaya Rusia-Malaysia mengenai kerjasama ekonomi, saintifik, teknikal dan kebudayaan mungkin akan diadakan pada suku kedua tahun ini.

— BERNAMA

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

PM Belanda,Mark Rutte seru warga barat terima hakikat akan jatuh miskin akibat hyperinflasi

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte pada hari Rabu berkata terdapat "had untuk apa yang kerajaan boleh lakukan" untuk membantu orang ramai di tengah-tengah keadaan...

Bekalan ayam di Singapura mula terjejas selepas keputusan larangan eksport ayam dikuatkuasakan di Malaysia

Menurut agensi berita Singapura,MEDIACORP sesetengah gerai dan premis perniagaan beraskan ayam mungkin 'tutup kedai buat sementara waktu' ekoran larangan eksport ayam oleh Malaysia.Harga ayam...

Genting Malaysia rugi RM126.53 juta suku pertama tahun ini

Kerugian bersih Genting Malaysia Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berkurangan kepada RM126.53 juta berbanding RM483.59 juta setahun lalu.Pendapatan diraih melonjak hampir...

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here