32.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

MALAYSIA MENGUMUMKAN PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI BERNILAI $4.9 BILLION

Date:

Share:

Malaysia mengumumkan pakej RM 20 billion ($4.9 billion) bagi merangsang aktiviti ekonomi dengan jangkitan Covid-19 mulai perlahan dan bermula program vaksinasi.

Pakej tersebut akan merangkumi RM 11 billion suntikan fiskal, menurut Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada hari Rabu. Beliau turut menyatakan tiada lagi perintah berkurung secara menyeluruh, sebaliknya hanya akan dibuat di lokaliti dan kluster.

Keputusan tersebut hadir sehari sebelum Malaysia “menyambut” ulang tahun pertama perintah berkurung coronavirus. Jumlah kes harian telah menurun sejak memuncak pada bulan Januari, seterusnya menambah keyakinan bahawa ekonomi akan bertambah baik dalam bulan mendatang. Bilangan kes pada hari Selasa adalah yang paling sedikit sejak awal Disember.

Ekonomi Malaysia dijangka bertumbuh sebanyak 6.7% pada tahun ini, dan sebanyak 4.8% pada 2022 selepas menguncup 5.6% pada tahun 2020, menurut Menteri Ekonomi Mustapa Mohamed, memetik data daripada Bank Dunia.

Langkah lain pakej bantuan ekonomi termasuklah:

  • Diskaun terhadap bil elektrik dilanjutkan sehingga 30 Jun
  • Pengecualian cukai dalam sektor pelancongan sehingga 31 Disember
  • Pemberian RM 500 kepada golongan B40
  • “Crowdfunding” ekuiti diperluaskan kepada syarikat tidak tersenarai (unlisted)
  • Geran RM 20 juta untuk peralatan minyak kelapa sawit

Sebagai sebahagian daripada pakej ekonomi, kerajaan akan membelanjakan RM 3 billion ke RM 5 billion bagi mempercepatkan sasaran imunisasi ke Disember berbanding sasaran awal suku pertama 2022.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Ekonomi AS menyusut sebanyak 1.5% dalam tiga bulan pertama 2022

Ekonomi Amerika Syarikat menyusut dalam tiga bulan pertama tahun ini walaupun pengguna dan perniagaan terus berbelanja pada kadar yang kukuh, lapor kerajaan pada Khamis,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 181 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 181.Dapatkan naskah MFM edisi ke 181 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Copytrade CARETAKER di broker TIFIA akhirnya tamat

Copytrade CARETAKER yang telah menjalankan dagangan lebih 961 hari sejak 8/8/2019 dengan jumlah pelaburan melebihi 152,172 USD dari seluruh dunia akhirnya terpaksa ditamatkan ekoran...

Analisa Teknikal EurJpy 27 May 2022

EurJpy di TimeFrame H4.**Line Hitam mewakili SnR Daily****Line biru mewakili SnR H4**• Harga ketika ini secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sila rujuk...

Analisa Teknikal UsdJpy 27 May 2022

UsdJpy di TimeFrame H4.• Harga asal nya dalam kedudukan Uptrend.• Namun begitu, harga mula membuat penurunan, berkemungkinan untuk membuat pertukaran Trend daripada uptrend kepada...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here