26.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

Maybank naikkan kadar faedah pinjaman bermula13 Mei,RHB 18 Mei

Date:

Share:

Maybank akan melaras naik Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 13 Mei 2022, berikutan pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini.

Maybank dalam satu kenyataan berkata, Kadar Asas (BR) akan lebih tinggi daripada 1.75 peratus setahun kepada 2.00 peratus setahun, manakala kadar Pinjaman Asas (BLR) akan dilaras daripada 5.40 peratus setahun kepada 5.65 peratus setahun.

Begitu juga, katanya Kadar Asas Islam dan Kadar Pembiayaan Asas akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas masing-masing daripada 1.75 peratus setahun kepada 2.00 peratus setahun dan daripada 5.40 peratus setahun kepada 5.65 peratus setahun.

“Sehubungan dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 13 Mei 2022,” katanya.

Semakan terakhir dalam Kadar Asas Maybank adalah pada 9 Julai 2020 apabila ia dikurangkan daripada 2.00 peratus setahun kepada 1.75 peratus setahun berikutan penurunan OPR dengan kuantum yang sama.

Sementara itu RHB Banking Group akan melaras naik kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas/pembiayaan asas (BLR/BFR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 18 Mei, 2022, selajar dengan peningkatan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia hari ini.Kumpulan perbankan itu berkata, RHB Bank Bhd, RHB Islamic Bank Bhd dan RHB Investment Bank Bhd akan menaik kadar asas mereka daripada 2.50 peratus kepada 2.75 peratus setahun dan juga melaras naik BLR/BFR daripada 5.45 peratus kepada 5.70 peratus setahun.

“Sejajar dengan pelarasan itu, kadar deposit tetap RHB Bank dan RHB Islamic Bank juga akan dinaikkan berkuat kuasa pada tarikh yang sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.“Ini agensi yang paling...

SC menambah 12 entiti ke Senarai Makluman Pelabur, empat klon berpotensi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemaskini Senarai Makluman Pelaburnya.Dalam makluman pada hari Isnin (29 Mei), suruhanjaya itu berkata orang/entiti berikut telah ditambahkan ke senarai:Wali...

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

US Dollar struggles to build on last week's gains.US Dollar Index stays on the back foot as risk mood improves on debt-limit deal.Investors await...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here