24.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

NATIONAL MALAY BANK : BANK MELAYU PERTAMA

Date:

Share:

Mungkin generasi masa kini tidak pernah mendengar nama National Malay Bank bukan. Penulis memilih untuk menulis artikel ini sebagai ingatan kita orang Melayu terhadap perjuangan anak bangsa dalam membangunkan ekonomi umat di Tanah Melayu pada satu masa dahulu.

Zaman sebelum negara kita mengecapi kemerdekaan, ketika tanah air kita masih di bawah jajahan British, tercatat satu rekod sejarah yang perlu kita kenang sampai bila-bila; penubuhan Bank milik orang Melayu pertama di Malaya.

Diberi nama sebagai Malay National Bank, kemunculan Bank yang diasaskan oleh cendekiawan Melayu ini bakal memberi saingan kepada 2 buah bank sedia ada pada masa itu; The Charted Bank milik British dan Overseas Chinese Banking Corporation (OCBC).

Pada ketika itu, The Charted Bank dan OCBC tidak langsung memberi pinjaman kepada orang Melayu, menyebabkan ekonomi komuniti Melayu pada ketika itu mundur dan keterbelakang kerana dinafikan hak untuk meminjam wang. Oleh sebab itulah istilah “ceti” popular di zaman tersebut kerana orang Melayu terpaksa memilih ceti sebagai tempat untuk meminjam modal wang.

https://images.app.goo.gl/JqbDxrd7s3PChgXn7

Allahyarham Maarof Zakaria, seorang peguam Melayu pada zaman tersebut, lahir pada tahun 1904, merasakan perlu untuk komuniti Melayu mempunyai sebuah Bank yang akan membantu ekonomi orang Melayu. Beliau menjadi pengasas kepada penubuhan Malay National Bank.

Malay National Bank menyediakan pelbagai bentuk perkhidmatan seperti pnijaman, saham dan penyimpanan kepada komuniti Melayu pada ketika itu. Beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan di bank tersebut hanya selama 7 bulan, tetapi jasa dan bakti beliau adalah besar kepada pembangunan ekonomi orang Melayu.

Malangnya, pada 14 Disember 1947, beliau mati dibunuh. Allahyarham yang dalam perjalanan ke rumah ibunya di Kampung Baru, Kuala Lumpur, diculik dan akhirnya ditemui mati digantung di dalam hutan berhampiran Batu 13, Jalan Kuala Lumpur-Bentong.

https://images.app.goo.gl/JEymsPstvBY4htvg6

Motif pembunuhan masih menjadi misteri. Tetapi berkemungkinan berlaku kerana usaha beliau membentuk Bank Melayu pertama yang memberi saingan kepada pihak penjajah dan juga kapitalis sedia ada. Anak beliau, Allahyarham Mustapha Maarof, seorang pelakon terkenal berusaha merungkai peristiwa ini untuk mencari jawapan sebenar pembunuhan bapanya.

https://images.app.goo.gl/zmueXF9moJMACjwj6

Malangnya, pada Disember 2015, beliau menghembuskan nafas terakhir pada ketika usaha beliau membawa kes ini ke muka pengadilan zaman moden sedang berjalan. Agak rumit untuk selesaikan kes ini kerana ianya berlaku zaman sebelum merdeka lagi. Tetapi beliau tetap berusaha untuk mencari jawapan dan menegakkan keadilan untuk bapanya.

Semoga roh kedua-dua insan yang berjasa besar kepada tanah air kita ini dirahmati oleh Allah s.w.t. Al fatihah.

SUMBER PENULISAN : https://www.bharian.com.my/bhplus-old/2015/04/46508/bersiri-malay-national-bank-sempat-bantu-melayu

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Ekonomi AS menyusut sebanyak 1.5% dalam tiga bulan pertama 2022

Ekonomi Amerika Syarikat menyusut dalam tiga bulan pertama tahun ini walaupun pengguna dan perniagaan terus berbelanja pada kadar yang kukuh, lapor kerajaan pada Khamis,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 181 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 181.Dapatkan naskah MFM edisi ke 181 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Copytrade CARETAKER di broker TIFIA akhirnya tamat

Copytrade CARETAKER yang telah menjalankan dagangan lebih 961 hari sejak 8/8/2019 dengan jumlah pelaburan melebihi 152,172 USD dari seluruh dunia akhirnya terpaksa ditamatkan ekoran...

Analisa Teknikal EurJpy 27 May 2022

EurJpy di TimeFrame H4.**Line Hitam mewakili SnR Daily****Line biru mewakili SnR H4**• Harga ketika ini secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sila rujuk...

Analisa Teknikal UsdJpy 27 May 2022

UsdJpy di TimeFrame H4.• Harga asal nya dalam kedudukan Uptrend.• Namun begitu, harga mula membuat penurunan, berkemungkinan untuk membuat pertukaran Trend daripada uptrend kepada...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here