25.7 C
Kuala Lumpur
spot_img

Netizen persoal kenaikan elaun Pengerusi FELDA ditengah kemelut subsidi minyak masak dimansuhkan

Date:

Share:

Netizen hari ini mempersoalkan tindakan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) menaikkan elaun pengerusi FELDA ditengah-tengah isu kenaikan harga barang dan subsidi minyak masak tulen berbotol yang akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini.

Melalui ciapan salah seorang pengguna Twitter dengan nama Fakta Bukan Auta, difahamkan bahawa satu mesyuarat akan diakan pada hari ini bagi membincangkan mengenai kenaikan elaun pengerusi Felda daripada RM300,000 kepada RM480,000.

Selain itu, kereta rasmi juga akan ditukar baharu dan ditambah pula dengan elaun kereta sebanyak RM18,000 sebulan.

“Tahukah anda hari ini akan diadakan Mesyuarat Agong FGV anak syarikat FELDA. Apa agenda mesyuarat?

“1) Elaun tahunan Pengerusi dinaikkan dari RM300,000 kpd RM480,000.

“2) Kereta rasmi akn ditukar baru beserta elaun kereta RM18,000 sebulan.

“Minyak masak kan dah takde subsidi,” kata pengguna Twitter itu.

Sejak ciapan itu dibuat, ia telah mendapat lebih daripada 1,000 ciapan balas dan 700 komen daripada netizen.

Kebanyakan komen mempersoal tindakan Felda yang menaikkan elaun pengerusinya ditengah-tengah kenaikan harga barang serta subsidi minyak yang bakal dimansuhkan.

Sejak ciapan ini dibuat, FELDA belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.

Beberapa hari lalu, kerajaan mengumumkan bahawa subsidi minyak masak tulen berbotol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini dan  subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram masih diteruskan.

Alasan disebalik tindakan ini adalah bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya menstabilkan harga, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian.

“Sebenarnya program subsidi minyak masak tulen untuk botol ini hanyalah sementara. Ketika pelaksanaan pada 2021 itu kita buat dalam tempoh tiga bulan sahaja iaitu Ogos, September dan Oktober.

Bagaimanapun, ketika itu kerajaan berpendapat kita patut lanjutkan dan disebabkan itu ia dilaksanakan hingga kini. Kini kerajaan merasakan tibalah masa untuk dimansuhkan supaya boleh memberi fokus bagaimana untuk membantu golongan yang memerlukan.

“Kerajaan boleh memberikan bantuan yang lebih bersasar, bagaimanapun segala bentuk bantuan ini akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan,” katanya- VOCKET

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

NATO isytihar China sebagai ancaman keselamatan kepada penduduk dunia

NATO telah menyenaraikan China sebagai salah satu keutamaan strategiknya buat kali pertama, dengan mengatakan cita-cita Beijing dan "dasar paksaan" mencabar "kepentingan, keselamatan dan nilai"...

Pengguna diingatkan bersedia harga minyak masak dijangka terus naik berkali ganda sehingga 40 peratus

Mulai hari ini harga minyak berbotol sudah naik berganda-ganda bahkan pasaran tempatan menjangkakan sepanjang Julai ini harga minyak masak akan naik lagi sehingga 40...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 186 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 186.Dapatkan naskah MFM edisi ke 186 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Harga ayam kembali turun di beberapa tempat

Bermulanya tarikh penguatkuasaan harga siling ayam kepada RM9.40 sekilo berbanding harga siling lama RM8.90 sekilo hari ini,1 Julai 2022,peniaga di beberapa negeri dan daerah...

PM Thai harap kebanjiran pelancong dari Malaysia bantu memulihkan kejatuhan matawang Baht

Baht Thailand yang lemah adalah baik untuk eksport manakala kedudukan fiskal dan kewangan kekal kukuh, kata Perdana Menteri Thai.Kelemahan Baht, bagaimanapun, memberi kesan negatif...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here