32.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

PAKAR PERTAHANAN NEGARA LUAR PELIK KENAPA NEGARA MERDEKA SEPERTI MALAYSIA MAHU RUJUK DARI CHINA TERLEBIH DAHULU UNTUK TENTUKAN DASAR LUARNYA DALAM ISU AUKUS

Date:

Share:

Pakar pertahanan Australia,John Blaxeland yang juga merupakan seorang Professor Fakulti Perisikan & Pertahanan Antarabangsa di Universiti Kebangsaan Australia meluahkan rasa pelik serta menggelar situasi ini sesuatu yang MEMALUKAN kerana negara merdeka dan berdaulat seperti Malaysia mahu merujuk kepada kerajaan China pimpinan Xi Jinping terlebih dahulu sebelum memutuskan pendirian terhadap pembentukan kerjasama tiga hala antara Australia, United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) yang dikenali sebagai AUKUS.

Sebelum itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dipetik sebagai berkata, beliau akan mengadakan lawatan kerja ke negara itu dalam masa terdekat.”Saya bercadang untuk mengadakan lawatan kerja singkat ke China dalam masa terdekat. Selain daripada hospital medan, perkara lain adalah untuk mendapatkan pandangan mereka tentang AUKUS yang diumumkan tiga negara itu dan juga tindakan mereka susulan pengumuman ini.”Insyaallah saya akan meneliti dan mengimbangi kuasa-kuiasa besar dan saya tengok kalau ianya tak dibendung dan kekuatan kita bukan persendirian, kuasa kita adalah 10 negara ASEAN bersatu melihat bagaimana kedudukan, kedaulatan dan keselamatan kita di rantau ini dapat dipertahankan,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) pada sesi penggulungan perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini yang membangkitkan sama ada Malaysia akan dilibatkan dalam AUKUS.Malaysia sebelum ini menyuarakan kegusaran terhadap kerjasama AUKUS yang bakal memangkin perlumbaan persenjataan nuklear di rantau Indo-Pasifik.Mengulas lanjut, selain mendekati Malaysia bagi kerjasama tiga hala itu, Hishammuddin menyarankan Australia untuk menyantuni Brunei yang merupakan Pengerusi ASEAN.

Menurutnya, dalam panggilan telefon dengan rakan sejawatnya dari Australia, Peter Dutton, dua hari lalu, beliau menyatakan adalah penting untuk Australia turut mendekati negara-negara CLMV (Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam) serta negara yang dekat dengan China bagi mendapatkan pandangan mereka.Katanya, sekiranya pendekatan diplomasi tidak digunakan bagi mendekati kuasa-kuasa besar, sebarang perkara yang tidak diingini boleh mencetuskan situasi yang boleh menjejaskan rantau ini.Dalam pada itu, mengenai keselamatan ruang udara negara, beliau berkata perkara itu sentiasa dipantau oleh sistem radar pertahanan udara jarak jauh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Ekonomi AS menyusut sebanyak 1.5% dalam tiga bulan pertama 2022

Ekonomi Amerika Syarikat menyusut dalam tiga bulan pertama tahun ini walaupun pengguna dan perniagaan terus berbelanja pada kadar yang kukuh, lapor kerajaan pada Khamis,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 181 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 181.Dapatkan naskah MFM edisi ke 181 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Copytrade CARETAKER di broker TIFIA akhirnya tamat

Copytrade CARETAKER yang telah menjalankan dagangan lebih 961 hari sejak 8/8/2019 dengan jumlah pelaburan melebihi 152,172 USD dari seluruh dunia akhirnya terpaksa ditamatkan ekoran...

Analisa Teknikal EurJpy 27 May 2022

EurJpy di TimeFrame H4.**Line Hitam mewakili SnR Daily****Line biru mewakili SnR H4**• Harga ketika ini secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sila rujuk...

Analisa Teknikal UsdJpy 27 May 2022

UsdJpy di TimeFrame H4.• Harga asal nya dalam kedudukan Uptrend.• Namun begitu, harga mula membuat penurunan, berkemungkinan untuk membuat pertukaran Trend daripada uptrend kepada...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here