32.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

PEMBELIAN KERETA MENGGUNAKAN BITCOIN MENINGKATKAN PENGUASAAN PASARAN TESLA

Date:

Share:

sumber : beamstart.com

Terdapat satu kaedah pembayaran yang baru akan dapat dilihat di laman web Tesla iaitu kaedah pembayaran menggunakan Bitcoin di Tesla. Bagi penggemar cryptocurrency, hal ini amatlah menggembirakan.

Pada minggu lalu, Tesla telah mengumumkan bahawa syarikat mereka akan mula menerima pembayaran dengan Bitcoin bagi pembelian Tesla.

Pembayaran melalui Bitcoin Tesla hanya boleh digunakan di Amerika Syarikat buat masa ini.

Setakat ini, pilihan pembayaran baru ini hanya tersedia untuk pelanggan di Amerika Syarikat, Tesla merancang untuk memperkenalkan kaedah pembayaran ini kepada pelanggan di luar negara pada akhir tahun ini.

Sekiranya berlakunya refund, pelanggan juga akan diberi pilihan untuk menerima pembayaran balik dalam bentuk mata wang (Dolar AS) atau Bitcoin.

Awal minggu lalu, CEO Elon Musk menyebut bahawa syarikat itu akan menggunakan “perisian sumber dalaman dan terbuka” untuk menerima pembayaran, dan bahawa Tesla “mengendalikan nod bitcoin secara bebas”.

Elon Musk mempunyai rancangan yang lebih luas untuk penggunaan cryptocurrency

Penggunaan bitcoin dalam urusan jual beli bukanlah sesuatu yang baru digunakan di pasaran kerana banyak syarikat juga seperti Starbucks, Twitch dan Paypal juga mempunyai kaedah pembayaran dengan Bitcoin.

Dengan memanfaatkan Bitcoin, Tesla berpotensi mendapat keuntungan daripada perubahan harga cryptocurrency berbanding mata wang fiat, meningkatkan lagi pendapatan mereka sambil mengurangkan kerugian atas pengembalian wang.

Baru bulan lalu, Tesla melaburkan Bitcoin bernilai $ 1.5 bilion, seterusnya meningkatkan harga dan turun naik.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Ekonomi AS menyusut sebanyak 1.5% dalam tiga bulan pertama 2022

Ekonomi Amerika Syarikat menyusut dalam tiga bulan pertama tahun ini walaupun pengguna dan perniagaan terus berbelanja pada kadar yang kukuh, lapor kerajaan pada Khamis,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 181 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 181.Dapatkan naskah MFM edisi ke 181 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Copytrade CARETAKER di broker TIFIA akhirnya tamat

Copytrade CARETAKER yang telah menjalankan dagangan lebih 961 hari sejak 8/8/2019 dengan jumlah pelaburan melebihi 152,172 USD dari seluruh dunia akhirnya terpaksa ditamatkan ekoran...

Analisa Teknikal EurJpy 27 May 2022

EurJpy di TimeFrame H4.**Line Hitam mewakili SnR Daily****Line biru mewakili SnR H4**• Harga ketika ini secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sila rujuk...

Analisa Teknikal UsdJpy 27 May 2022

UsdJpy di TimeFrame H4.• Harga asal nya dalam kedudukan Uptrend.• Namun begitu, harga mula membuat penurunan, berkemungkinan untuk membuat pertukaran Trend daripada uptrend kepada...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here