26.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

Pendapatan negara daripada hasil petroleum dijangka RM72.1 bilion tahun ini

Date:

Share:

MIDF Amanah Investment Bank (MIDF Research) menjangkakan hasil petroleum kerajaan berjumlah RM72.1 bilion pada 2022, hasil daripada kenaikan harga komoditi global.

MIDF Research dalam nota penyelidikan pada Isnin berpendapat apabila harga komoditi kekal tinggi, ia akan diterjemahkan kepada output perlombongan dan jualan yang lebih tinggi.

“Ekonomi global serta ekonomi Malaysia sedang menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu, mengurangkan kesesakan input dan gangguan bekalan yang lebih kecil,” katanya.

MIDF Research berkata, kerajaan telah membentangkan Belanjawan 2022 dengan andaian bahawa purata harga minyak mentah Brent adalah pada AS$66 (AS$1=RM4.33) setong tahun ini.

Berdasarkan unjuran ini, ia berkata, hasil berkaitan minyak kerajaan dijangka meningkat kepada RM44 bilion, membentuk hampir 20 peratus daripada jumlah hasil.

Ia menyatakan bahawa hasil berkaitan minyak tidak bergerak seiring dengan aliran harga minyak sejak empat tahun lepas disebabkan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), pandemik Covid-19 dan gangguan bekalan.

“Walaupun harga minyak Brent meningkat hampir dua kali ganda daripada unjuran awal sebanyak AS$42 setong kepada AS$70 setong pada 2021, hasil berkaitan minyak tidak meningkat dengan banyak disebabkan oleh pandemik dan gangguan bekalan,” kata firma penyelidikan itu.

Mengenai subsidi bahan api, MIDF Research menganggarkan kerajaan perlu menyerap kira-kira 55 peratus margin daripada anggaran harga sebenar RON95 pada RM3.18 seliter dengan andaian harga minyak akan berada pada AS$110 setong dan dolar AS/ringgit dengan purata RM4.09 pada tahun 2022.

Berdasarkan angka unjuran itu bank pelaburan menjangkakan kos subsidi bahan api antara RM25 bilion dan RM30 bilion tahun ini.

Kerajaan ketika ini telah mengehadkan harga runcit bahan api RON95 dan diesel masing-masing pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

“Sekiranya kerajaan mengekalkan harga bahan api semasa yang dihadkan, di mana harga bahan api meningkat hanya 1.1 peratus, ia akan melonjakkan kadar inflasi kepada 2.5 peratus, ia seiring dengan sasaran kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun bagi senario terburuk di mana kerajaan memutuskan untuk mengguna pakai mekanisme harga terapung, inflasi keseluruhan Indeks Harga Pengguna (IHP) akan meningkat kepada 6.8 peratus serta harga terapung bahan api akan mempunyai kesan negatif yang serius terhadap tekanan inflasi keseluruhan Malaysia.

“Kami menganggarkan status quo RON95 akan menyebabkan inflasi keseluruhan kepada 2.9 peratus apabila inflasi makanan meningkat lima peratus dan pengurangan 10 sen kepada RON95 hanya akan menurunkan inflasi kepada 2.6 peratus dan IHP makanan pada lima peratus.

“Sekiranya bekalan makanan global kekal terhad, pertumbuhan harga bagi produk yang boleh dimakan dan barangan mudah alih akan melonjak sebanyak 10 peratus, ia mungkin menyebabkan tekanan inflasi keseluruhan mencapai 8.9 peratus.

“Namun begitu, kenaikan harga makanan tidak dapat dielakkan berikutan kesan perang Rusia-Ukraine yang menaikkan harga komoditi global dan meningkatkan bil import makanan Malaysia,” kata MIDF Research.

Harga minyak mentah mungkin tidak akan turun

MIDF Research berkata harga minyak mungkin tidak akan turun dalam tempoh terdekat ini dan pasaran akan melihat lebih banyak kontrak untuk memenuhi permintaan minyak mentah dan gas asli yang semakin meningkat selepas pasca pandemik yang memberi manfaat kepada penggiat minyak dan gas tempatan.

Ia menjangkakan sektor itu akan terus mencatat prestasi cemerlang tetapi bersikap berhati-hati kerana magnitud kesan kenaikan harga komoditi akan ditentukan oleh jenis produk dan perkhidmatan yang ditawarkan.

“Malaysia telah menghasilkan bahan mentah petrokimia utama pada kadar yang sama dengan harga minyak mentah Brent dengan bahan mentah berasaskan gas mendahului cecair.

“Oleh itu, kami mengulangi pandangan positif kami terhadap Petronas Chemicals untuk daya tahannya dalam operasinya sejajar dengan pergerakan harga minyak mentah,” katanya. – BERNAMA

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

PM Belanda,Mark Rutte seru warga barat terima hakikat akan jatuh miskin akibat hyperinflasi

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte pada hari Rabu berkata terdapat "had untuk apa yang kerajaan boleh lakukan" untuk membantu orang ramai di tengah-tengah keadaan...

Bekalan ayam di Singapura mula terjejas selepas keputusan larangan eksport ayam dikuatkuasakan di Malaysia

Menurut agensi berita Singapura,MEDIACORP sesetengah gerai dan premis perniagaan beraskan ayam mungkin 'tutup kedai buat sementara waktu' ekoran larangan eksport ayam oleh Malaysia.Harga ayam...

Genting Malaysia rugi RM126.53 juta suku pertama tahun ini

Kerugian bersih Genting Malaysia Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berkurangan kepada RM126.53 juta berbanding RM483.59 juta setahun lalu.Pendapatan diraih melonjak hampir...

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here