29.8 C
Kuala Lumpur
spot_img

Penduduk Shanghai memberontak tak tahan kena lockdown,bekalan makanan terputus

Date:

Share:

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan penduduk Shanghai menjerit dari tingkap apartmen masing-masing akibat dilarang keluar rumah selama lebih seminggu.

Memetik laporan The Sun, kes harian COVID-19 yang semakin meningkat menyebabkan penduduk bandar ketiga terbesar di dunia itu dikenakan perintah berkurung sejak 5 April lalu.

Malah, bekalan makanan juga dilaporkan semakin kehabisan berpunca daripada perintah tersebut dan mereka tidak dibenarkan keluar rumah untuk membeli keperluan barangan asas.

Rakaman video juga menunjukkan keadaan waktu malam di Shanghai yang tertera blok-blok  pangsapuri dan kedengaran suara jeritan meminta makan dan ubat dari bangunan tersebut.

Aplikasi-aplikasi penghantaran makanan turut menunjukkan bahawa kebanyakan kedai telah kehabisan stok sehingga membuatkan penduduk semakin tertekan dan menderita.

Hab kewangan China, Shanghai, dikekalkan di bawah perintah sekatan pergerakan (lockdown) bagi menyemak keputusan menguji semua 26 juta penduduknya untuk Covid-19, kata pihak berkuasa pada Isnin.

Bandar itu memulakan penutupan dua peringkat pada 28 Mac, dimulai di daerah timur Shanghai dan kemudiannya berkembang meliputi seluruh bandar.

Sekatan yang mengganggu kehidupan harian dan operasi perniagaan secara besar-besaran itu pada mulanya dijadualkan berakhir 5 pagi waktu tempatan, pada Selasa, (hari ini).

“Bandar ini akan terus melaksanakan pengurusan dan kawalan serta melaksanakan arahan ‘tinggal di rumah’ dengan tegas, kecuali untuk rawatan perubatan,” kata pihak berkuasa bandar itu dalam akaun WeChat rasminya.

Ia tidak memberikan petunjuk bilakah sekatan itu mungkin ditamatkan.

China menghantar tentera dan ribuan pekerja penjagaan kesihatan ke Shanghai untuk membantu menjalankan ujian Covid-19 untuk semua 26 juta penduduk pada Isnin, dalam satu daripada tindak balas kesihatan awam terbesar di negara itu.

Beberapa penduduk bangun sebelum Subuh untuk beratur supaya pekerja penjagaan kesihatan berbaju putih menjolok kerongkong mereka sebagai sebahagian daripada ujian asid nukleik di kawasan perumahan mereka.

Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) pada Ahad menghantar lebih 2,000 kakitangan perubatan tentera, tentera laut dan pasukan sokongan logistik bersama ke Shanghai, lapor sebuah akhbar angkatan tentera.

Kira-kira 38,000 pekerja penjagaan kesihatan dari wilayah seperti Jiangsu, Zhejiang dan ibu kota Beijing dihantar ke Shanghai, menurut media kerajaan.

Ia adalah tindak balas kesihatan awam terbesar China sejak ia menangani wabak Covid-19 terawal di Wuhan, tempat novel coronavirus (Covid-19) pertama kali ditemui pada akhir 2019.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 234 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 234.Dapatkan naskah MFM edisi ke 234 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Panasonic Malaysia menutup 2 jabatan pembuatan di kilang Shah Alam dalam langkah penstrukturan semula

PANASONIC Manufacturing (M) Bhd telah menutup dua jabatan pembuatan produk di kilang Shah Alam 1nya sebagai sebahagian daripada usaha rasionalisasi dan penstrukturan semula perniagaan.Penutupan...

KWSP jadi agensi paling kaya di Malaysia, aset cecah RM1 trilion

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menjadi agensi paling kaya di negara ini selepas aset milik badan persaraan itu mencecah RM1 trilion.“Ini agensi yang paling...

SC menambah 12 entiti ke Senarai Makluman Pelabur, empat klon berpotensi

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah mengemaskini Senarai Makluman Pelaburnya.Dalam makluman pada hari Isnin (29 Mei), suruhanjaya itu berkata orang/entiti berikut telah ditambahkan ke senarai:Wali...

US Dollar weakens as risk mood improves on debt ceiling suspension

US Dollar struggles to build on last week's gains.US Dollar Index stays on the back foot as risk mood improves on debt-limit deal.Investors await...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here