26.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

PENERBIT RANCANGAN TV RUGI DITIPU SINDIKET PELABURAN SAHAM TIDAK WUJUD

Date:

Share:

KUANTAN – Kerana tertarik dengan pulangan pelaburan berkali ganda dalam tempoh singkat mendorong seorang penerbit rancangan TV untuk mencuba menyertai pelaburan yang diiklankan melalui laman sosial Facebook pada awal Jun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa yang berusia 31 tahun melabur sebanyak RM8,550 namun selepas bayaran dibuat, dia gagal menerima pulangan hasil keuntungan dalam tempoh dijanjikan lalu membuat laporan polis di Balai Polis Kuantan pada Khamis setelah mengesyaki ditipu.

Mohd Wazir berkata, pelaburan itu ditawarkan dengan modal serendah RM400 dan mangsa dijanjikan pulangan sehingga RM8,600 dalam tempoh tiga jam serta RM16,200 selepas enam jam.

Menurutnya, berdasarkan laporan mangsa, dia meninggalkan nombor telefon pada iklan tersebut sebelum dihubungi individu mendakwa broker pelaburan saham.

“Mangsa ditawarkan beberapa pelan namun memilih pelan A dengan modal serendah RM400 sebelum menambah pelaburannya sehingga RM8,550 dan membuat lapan transaksi bayaran melalui satu akaun bank atas nama seorang wanita.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. Pemilik akaun bank digunakan dalam kes ini sedang dikesan bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

SUMBER : SINAR HARIAN

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

PM Belanda,Mark Rutte seru warga barat terima hakikat akan jatuh miskin akibat hyperinflasi

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte pada hari Rabu berkata terdapat "had untuk apa yang kerajaan boleh lakukan" untuk membantu orang ramai di tengah-tengah keadaan...

Bekalan ayam di Singapura mula terjejas selepas keputusan larangan eksport ayam dikuatkuasakan di Malaysia

Menurut agensi berita Singapura,MEDIACORP sesetengah gerai dan premis perniagaan beraskan ayam mungkin 'tutup kedai buat sementara waktu' ekoran larangan eksport ayam oleh Malaysia.Harga ayam...

Genting Malaysia rugi RM126.53 juta suku pertama tahun ini

Kerugian bersih Genting Malaysia Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berkurangan kepada RM126.53 juta berbanding RM483.59 juta setahun lalu.Pendapatan diraih melonjak hampir...

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here