25.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

PENGASAS HONG LEONG KINI JUTAWAN TERKAYA MALAYSIA

Date:

Share:

KUALA LUMPUR : Pengasas bersama Hong Leong Group, Tan Sri Quek Leng Chan yang mempunyai nilai bersih AS$9.7 bilion (RM40 bilion) dimana beliau adalah jutawan yang paling kaya di Malaysia selepas Majalah Forbes menyenaraikan Robert Kuok sebagai warga Hong Kong.

Ini diikuti oleh T Ananda Krishnan dan pengasas Public Bank Bhd, Tan Sri Teh Hong Piow. Selain itu jutawan sarung tangan juga turut tersenarai iaitu Pengerusi Hartalega Holdings Bhd, Kuan Kam Hon dan keluarganya serta pengasas Top Glove Corp Bhd, Tan Sri Dr Lim Wee Chai.

Jutawan lain termasuk Pengerusi Genting, Tan Sri Lim Kok Thay dan hartawan Bumiputera, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary.

Senarai Jutawan Majalah Forbes ke-35 menamakan 2,755 individu, termasuk 493 pendatang baharu ketika dunia berhadapan cabaran ekonomi berikutan pandemik COVID-19.

Pengasas MR DIY Group (M) Bhd, Tan Yu Yeh dan adiknya, Tan Yu Wei adalah antara yang termasuk dalam senarai jutawan baharu di dalam Majalah Forbes pada tahun ini.

Nilai kekayaan bersih Yu Yeh dianggarkan kira-kira AS$1.8 bilion (RM7.4 bilion) manakala Yu Wei pula dianggarkan AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion).

Adik beradik itu menyertai Pengerusi Eksekutif Westports Holdings Bhd, Tan Sri G Gnanalingam dan pengasas bersama merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Greatech Technology Bhd, Tan Eng Kee.

Senarai Jutawan Majalah Forbes ke-35 menganggarkan nilai kekayaan bersih Gnanalingam kira-kira AS$1.7 bilion (RM7 bilion), manakala Eng Kee, yang mengasaskan syarikat pengeluar peralatan automasi kilang di Pulau Pinang mempunyai kekayaan bersih AS$1.1 bilion (RM4.5 bilion).

MR DIY, yang disenaraikan di Pasaran Utama pada Oktober tahun 2020, adalah tawaran awam permulaan (IPO) terbesar di Bursa Malaysia sejak tahun 2017.

Ia mempunyai permodalan pasaran RM10 bilion, dengan penyenaraian itu menjana kira-kira sebanyak RM1.5 bilion daripada pelabur institusi dan runcit.

Daripada harga tawaran RM1.60 pada Oktober, saham MR DIY telah melonjak lebih dua kali ganda setakat ini.

Di peringkat global, CEO Amazon, Jeff Bezos yang akan melepaskan jawatannya tidak lama lagi akan kekal mengungguli di dalam senarai jutawan terkaya dunia buat tahun keempat berturut-turut.

Ini diikuti oleh CEO Tesla, Elon Musk dan CEO LVMH Moët Hennessy iaitu pemilik jenama mewah LV, Bernard Arnault.

Diantara lima jutawan terkaya dunia yang lain adalah Bill Gates dan Mark Zuckerberg.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...

Mahkamah dedahkan Do Kwon bubarkan Terraform Lab Korea beberapa hari sebelum kejatuhan Terra LUNA UST

Rekod rasmi menunjukkan Do Kwon membubarkan Terraform Labs Korea, menutup ibu pejabat dan cawangan tunggalnya hanya beberapa hari sebelum kejatuhan terra crypto (LUNA) dan...

Seluruh dunia bakal berdepan dengan kebuluran & peningkatan kadar kemiskinan secara drastik – PBB

KETUA Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 180 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 180.Dapatkan naskah MFM edisi ke 180 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here