26.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

PENGGODAM KRIPTO POLY NETWORK DAPAT TAWARAN KERJA DARIPADA MANGSANYA

Date:

Share:

Pada minggu lalu, Poly Network telah mendedahkan bahawa laman sesawang blockchains mereka telah digodam sehingga mengakibatkan berlakunya kecurian mata wang kripto yang berjumlah USD600 juta (RM 2.54 bilion).

Malah insiden itu didakwa sebagai insiden kecurian mata wang kripto terbesar dalam sejarah setakat ini.

Poly Network adalah platfom yang digunakan bagi menjalankan urusan transaksi matawang kripto menerusi pelbagai blockchains yang berbeza.

Walaubagaimanapun, penggodam tersebut dilaporkan telah mengembalikan semula wang kripto yang dicurinya kepada Poly Network selepas wang kripto yang dicuri itu disekat daripada ditukar dalam bentuk matawang Dolar Amerika (USD).

Menjadikan insiden ini lebih menarik, Poly Network dilaporkan telah menawarkan kerja kepada penggodam yang hanya dikenali sebagai Mr. White Hat itu untuk bekerja dengan Poly Network.

Jawatan yang ditawarkan adalah Ketua Penasihat Keselamatan kepada Poly Network.

Sebelum ini Poly Network telah menawarkan ganjaran berjumlah USD500,000 kepada penggodam itu tetapi Mr. White Hat telah menolaknya.

Namun begitu pihak Poly Network menyatakan mereka tetap akan memindahkan wang ganjaran tersebut kepada Mr. White Hat.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

PM Belanda,Mark Rutte seru warga barat terima hakikat akan jatuh miskin akibat hyperinflasi

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte pada hari Rabu berkata terdapat "had untuk apa yang kerajaan boleh lakukan" untuk membantu orang ramai di tengah-tengah keadaan...

Bekalan ayam di Singapura mula terjejas selepas keputusan larangan eksport ayam dikuatkuasakan di Malaysia

Menurut agensi berita Singapura,MEDIACORP sesetengah gerai dan premis perniagaan beraskan ayam mungkin 'tutup kedai buat sementara waktu' ekoran larangan eksport ayam oleh Malaysia.Harga ayam...

Genting Malaysia rugi RM126.53 juta suku pertama tahun ini

Kerugian bersih Genting Malaysia Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berkurangan kepada RM126.53 juta berbanding RM483.59 juta setahun lalu.Pendapatan diraih melonjak hampir...

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here