26.6 C
Kuala Lumpur
spot_img

PENIPUAN MATA WANG CRYPTO SEMAKIN BERLELUASA

Date:

Share:

sumber : Bernama

KUALA LUMPUR – Kes penipuan melibatkan mata wang crypto di Malaysia telah merekodkan kerugian melebihi RM191 juta iaitu sebanyak 1,979 kes telah dilaporkan dari 2019 sehingga Februari 2021 lalu.

Jenis penipuan yang dikesan antaranya ialah penipuan jual beli crypto, pelaburan crypto, pelaburan mining palsu, penggodaman cytptowallet dan ransomware.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata “Bagi tahun ini setakat Februari, sebanyak 268 kes dilaporkan dengan kerugian mencecah RM9.3 juta,” katanya baru-baru ini.

Zainuddin berkata, JSJK juga telah menahan seramai 169 orang sepanjang tempoh berkenaan.

“Mangsa berurusan dengan suspek bagi membeli mata wang crypto dan telah mendepositkan wang kepada suspek, tetapi suspek tidak memindahkan mata wang crypto yang sepatutnya kepada ke dalam cryptowallet mangsa,” jelas beliau.

Untuk kes pelaburan mata wang crypto pula, pelabur dijanjikan pulangan yang memberangsangkan pada setiap bulan mengikut jumlah wang yang dilaburkan. Jika makin besar kuantiti yang dilaburkan, maka pulangan yang akan diterima oleh pelabur juga akan lebih tinggi.

“Sindiket juga akan memperdaya mangsa dengan mengadakan majlis pelancaran sesuatu skim pelaburan di hotel-hotel mewah untuk menarik perhatian bakal pelabur mereka.”

“Antara lain, sindiket juga suka memperagakan kemewahan yang mereka peroleh seperti mempamerkan kereta mewah, rumah mewah, dan percutian mewah ke negara-negara Eropah kononnya hasil daripada pelaburan yang disertai,” kata Zainuddin.

Menurut kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial itu lagi, untuk pelaburan mining palsu pula, pelabur perlu melaburkan wang mereka yang kononnya untuk menyertai aktiviti perlombongan bitcoin iaitu sejenis mata wang crypto yang dilakukan di luar negara.

Mereka juga akan menunjukkan para pelabur imej atau video tempat yang menjalankan kegiatan pelombongan tersebut dan pelaburan mereka akan dilabur disitu untuk menjalankan aktiviti lombongan bitcoin yang sebenarnya tidak wujud sama sekali.

Bagi kes penggodam cryptowallet, beliau menjelaskan bahawa perkara ini berlaku apabila penggodam mengakses cryptowallet mangsa dan memindahkan mata wang crypto mangsa ke dalam milik cryptowallet suspek.

“Ia dilakukan sama ada dengan mengeksploitasi telefon bimbit atau komputer milik mangsa atau dengan cara mencuri kata laluan rahsia cryptowallet mangsa,” kata beliau.

Mengenai ransomware, sistem komputer mangsa akan diceroboh termasuk e-mel mangsa juga akan turut digodam.

“Suspek akan bertindak mengunci komputer tersebut.

“Suspek kemudian akan meminta wang tebusan dalam bentuk mata wang crypto sekiranya mangsa mahu membuka semula sistem komputer atau server milik mereka,” katanya.

Oleh itu, beliau ingin mengingatkan orang awam supaya sentiasa berhati-hati dengan semua tawaran bagi pelaburan mata wang digital.

Setakat ini, tiada lagi sebarang pelaburan cryptocurrency yang dibenarkan beroperasi di Malaysia.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

PM Belanda,Mark Rutte seru warga barat terima hakikat akan jatuh miskin akibat hyperinflasi

Perdana Menteri Belanda Mark Rutte pada hari Rabu berkata terdapat "had untuk apa yang kerajaan boleh lakukan" untuk membantu orang ramai di tengah-tengah keadaan...

Bekalan ayam di Singapura mula terjejas selepas keputusan larangan eksport ayam dikuatkuasakan di Malaysia

Menurut agensi berita Singapura,MEDIACORP sesetengah gerai dan premis perniagaan beraskan ayam mungkin 'tutup kedai buat sementara waktu' ekoran larangan eksport ayam oleh Malaysia.Harga ayam...

Genting Malaysia rugi RM126.53 juta suku pertama tahun ini

Kerugian bersih Genting Malaysia Bhd bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 berkurangan kepada RM126.53 juta berbanding RM483.59 juta setahun lalu.Pendapatan diraih melonjak hampir...

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here