32.5 C
Kuala Lumpur
spot_img

PERATURAN COVID-19 YANG LEBIH KETAT DI KANADA MENJEJASKAN PERTUMBUHAN EKONOMI

Date:

Share:

Dakwaan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau bahawa tiada sebarang kesan negatif akan berlaku antara sekatan pergerakan yang ketat dan pertumbuhan ekonomi bakal diuji pada minggu ini dengan keluarnya data KDNK yang terbaru.

Tahun lalu, keluaran dalam negara kasar Kanada menguncup lebih daripada 5%, satu angka yang mengecewakan dalam kalangan negara berekonomi maju. Amerika Syarikat, dengan sekatan yang jauh lebih longgar tahun lalu, menguncup sebanyak 3.5% sahaja.

Prestasi Kanada yang ketinggalan dijangka akan berterusan pada tahun ini. Ahli ekonomi melihat AS akan mencatatkan pemulihan yang jauh lebih kuat pada tahun ini ekoran kadar vaksinasi Covid-19 yang lebih pantas, sekatan yang lebih longgar dan rancangan rangsangan ekonomi Joe Biden.

“Memang jelas terdapat kesan negatif,” menurut Doug Porter, ketua ekonomi di Bank of Montreal dalam satu temubual.

Berita baiknya, para pelabur dan penganalisis dilihat tidak berasa bimbang. Dolar Kanada (CAD) adalah salah satu daripada lima matawang utama yang mengukuh berbanding dolar AS pada tahun ini. Selain itu, pulangan perbendaharaan Kanada juga meningkat pada kadar yang lebih pantas berbanding di AS, satu petanda bahawa terdapatnya keyakinan mengenai pertumbuhan ekonomi.

Walaupun tidaklah mencatatkan prestasi yang memberangsangkan, tinjauan ekonomi Kanada kekal positif.

Data KDNK Kanada akan keluar pada hari Selasa ini, dan para penganalisis menjangkakan pertumbuhan 4.7% pada tahun ini, kadar terpantas dalam dua dekad walaupun lebih perlahan daripada AS.

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Ekonomi AS menyusut sebanyak 1.5% dalam tiga bulan pertama 2022

Ekonomi Amerika Syarikat menyusut dalam tiga bulan pertama tahun ini walaupun pengguna dan perniagaan terus berbelanja pada kadar yang kukuh, lapor kerajaan pada Khamis,...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 181 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 181.Dapatkan naskah MFM edisi ke 181 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...

Copytrade CARETAKER di broker TIFIA akhirnya tamat

Copytrade CARETAKER yang telah menjalankan dagangan lebih 961 hari sejak 8/8/2019 dengan jumlah pelaburan melebihi 152,172 USD dari seluruh dunia akhirnya terpaksa ditamatkan ekoran...

Analisa Teknikal EurJpy 27 May 2022

EurJpy di TimeFrame H4.**Line Hitam mewakili SnR Daily****Line biru mewakili SnR H4**• Harga ketika ini secara keseluruhannya masih lagi dalam kedudukan Uptrend. Sila rujuk...

Analisa Teknikal UsdJpy 27 May 2022

UsdJpy di TimeFrame H4.• Harga asal nya dalam kedudukan Uptrend.• Namun begitu, harga mula membuat penurunan, berkemungkinan untuk membuat pertukaran Trend daripada uptrend kepada...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here