27.8 C
Kuala Lumpur
spot_img

PKP 3.0 : LAKSANAKAN SEGERA MORATORIUM AUTOMATIK TANPA FAEDAH & CAJ PENALTI

Date:

Share:

Mimpi ngeri golongan B40 & M40 di Malaysia kembali tiba apabila secara tiba-tiba pihak kerajaan Malaysia melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan PKP 3.0 bermula 12 Mei 2021 hingga 7 Jun 2021.Pengumuman tiba-tiba dikala umat Islam & kaum majoriti di negara ini sedang membuat persiapan menyambut ketibaan 1 syawal bagi merayakan Hari Raya Aidil Fitri banyak menimbulkan polemik berpanjangan berikutan keputusan kerajaan yang dilihat kerap berubah-rubah malah tidak selaras diantara agensi.

Dari segala drama yang berlaku sepanjang dua tiga bulan kebelakangan ini termasuk keputusan membuka dan menutup bazar Ramadhan dan Bazar Aidil Fitri yang lintang pukang dan tidak selaras,kita sudah dapat melihat kesannya dimana golongan peniaga kecil yang bukan makan gaji daripada golongan B40 & M40 adalah paling teruk terjejas.Bukan sahaja sedikit keuntungan yang dicari untuk menampung hutang lama tidak dapat malah kini ditimpa kerugian sekali lagi akibat pembuat dasar yang tidak konsisten.Mereka kerugian wang sewa tapak,modal perniagaan,masa & tenaga.

Bersama perlaksanaan PKP 3.0 ini,sudah sewajarnya pihak kerajaan melaksanakan Moratorium Automatik tanpa faedah dan caj penalti demi menyelamatkan ekonomi negara.Pihak bank tidak akan rugi pun dengan perlaksanaan moratorium ini malah perlaksanaan moratorium automatik ini juga akan mampu menyelamatkan nyawa bank-bank perdagangan di Malaysia.Lihat sahaja bagaimana kesannya terhadap kaunter-kaunter saham peruncitan bila saja sistem HIDE mengumumkan kawasan-kawasan panas melibatkan mall-mall besar secara berasingan oleh Bank Negara Malaysia tanpa diselaraskan melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) terlebih dahulu.

Sekiranya Moratorium Automatik dilaksanakan sekurang-kurangnya ia masih dapat menyelamatkan ekonomi negara.Bukan sekatan PKP 3.0 yang yang menyakitkan rakyat dan ekonomi, sebaliknya ketidaktentuan. Banyak perniagaan dan orang ramai lebih menderita dengan tindakan ‘flip flop’, tidak konsisten dan pengumuman saat akhir berbanding pelaksanaan PKP itu sendiri.

Tidak hanya akan membantu golongan B40 & M40,moratorium harus diberi secara automatik tanpa faedah dan caj penalti pada PKP 3.0 kali ini kerana semua golongan termasuk T20 yang banyak menyumbangkan peluang pekerjaan,membayar cukai dan memainkan peranan penting dalam membangun ekonomi negara juga telah teruk terjejas.Rata-rata perniagaan mereka sudah nyawa-nyawa ikan dalam PKP-PKP sebelum ini.Apatah lagi,masih belum sesuatu yang pasti PKP 3.0 akan tamat pada 7 Jun 2021 nanti.Melihat dari pengalaman PKP yang terdahulu,kemungkinan besar akan bersambung lagi.Semoga pihak kerajaan mendengar dan mengambil tindakan sebelum ekonomi negara kita runtuh hanya akibat keegoan pemilik-pemilik bank dan ekonomi kita sukar bangun kembali dalam masa terdekat dengan faktor implikasi jangka panjang pandemik COVID19 yang belum nampak penghujungnya dengan kewujudan pelbagai mutasi varian-varian baru. – PENGARANG

Langgan Majalah Forex Malaysia

━ more like this

Malaysia hentikan eksport ayam mulai 1 Jun 2022

Pemberhentian eksport 3.6 juta ayam sebulan bermula 1 Jun ini adalah antara lima pendekatan segera jangka pendek diumumkan kerajaan hari ini, dalam usaha mengatasi...

MALAYSIA TRADERS FAIR AWARD 2022

Malaysia Traders Fair 2022 dibawakan khas oleh FINEXPO dijadualkan bermula pada 10 September 2022 di InterContinental Kuala Lumpur.FINEXPO ialah syarikat pengendali acara...

Mahkamah dedahkan Do Kwon bubarkan Terraform Lab Korea beberapa hari sebelum kejatuhan Terra LUNA UST

Rekod rasmi menunjukkan Do Kwon membubarkan Terraform Labs Korea, menutup ibu pejabat dan cawangan tunggalnya hanya beberapa hari sebelum kejatuhan terra crypto (LUNA) dan...

Seluruh dunia bakal berdepan dengan kebuluran & peningkatan kadar kemiskinan secara drastik – PBB

KETUA Persatuan Antarabangsa Pengilang Dalam Operasi Eurasia pada Jumaat berkata semua institusi, termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB (FAO), Pertubuhan...

MAJALAH FOREX MALAYSIA EDISI KE 180 SEDIA UNTUK DIMUAT TURUN PERCUMA

Majalah Forex Malaysia kembali lagi minggu ini dengan edisi ke 180.Dapatkan naskah MFM edisi ke 180 ini secara percuma sahaja!.Selamat Maju Jaya kepada semua.Kita...
spot_img

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here